IKRAM Johor, MySihat tandatangani MoU kempen Johor Bebas Asap Rokok (JBAR)

JOHOR BAHRU – Mantan YDP IKRAM Negeri Johor, Prof Dr Arshad Ahmad telah menandatangani MoU Inisiatif Johor Bebas Asap Rokok (JBAR) bagi pihak Kerajaan Negeri Johor dengan Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat) yang diwakili oleh CEO MySihat Dato’ Dr Yahya Baba bagi pihak Kementerian Kesihatan yang disaksikan oleh Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Abdul Ghani Othman di Dewan Sultan Iskandar UTM, Skudai pada Khamis 31 Mei 2012 lalu.