Presiden umum prinsip penglibatan Ikram dalam PRU13
BANDAR SERI PUTRA – Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) telah membuat keputusan untuk menyokong parti dan calon yang menyokong Islam atau paling kurang, calon yang tidak menentang Islam. Sekiranya terdapat percanggahan, maka faktor calon terhadap isu-isu sensitif Islam akan diambil kira.
Dr Niekmah dua tahun Pengarah PATWA

BANDAR SERI PUTRA – Dr Niekmah Adam sudah dua tahun berturut-turut menjadi pengarah Perhimpunan Ahli Teras Wanita (PATWA) Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram). Baginya, strategi paling penting dan terbukti berhasil ialah mengenal pasti kepakaran dan pengalaman setiap akhawat untuk dimanfaatkan menjadi petugas dan penggerak PATWA.
Pemimpin: Antara syakhsiah mitsaliyyah dan intima’ syakhsi
BANDAR SERI PUTRA – Timbalan Presiden Ikram, Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom telah merasmikan Perhimpunan Ahli Teras Wanita (PATWA) Kedua yang bertemakan “Memimpin Ummah, Menggarap Wawasan Dakwah” di Auditorium Pentadbiran, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) di sini semalam.
Barisan Terkini Pimpinan Ikram
BANDAR SERI PUTRA – Pertubuhan Ikram Malaysia telah mengadakan Perhimpunan Ahli Teras (PAT) 2012 yang merupakan satu perhimpunan tahunan khas untuk ahli teras Ikram bagi mendengar amanat tahunan Presiden selain platform bagi ahli teras bermuhasabah, berkongsi idea dan memperbaiki prestasi Ikram.
10 kerusi Ulama dalam DPN Ikram

BANDAR SERI PUTRA – Perhimpunan Ahli Teras Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) pada kali ini telah memilih 10 orang ahli baru Dewan Perwakilan Nasional (DPN) Ikram untuk kerusi ulama. Pemilihan untuk 10 kerusi ulama ini adalah ekoran daripada pindaan Perlembagaan Ikram yang diluluskan pada Disember 2011 yang memperuntukan tambahan 10 kerusi dalam DPN khusus untuk kalangan ulama Ikram.
Selepas dua tahun muncul, ahli Ikram diseru lipatgandakan usaha
BANDAR SERI PUTRA – Dua tahun selepas kemunculan di persada gerakan dakwah dan kepemimpinan masyarakat, ahli teras Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) diseru untuk melipatgandakan amal dan usaha, pengorbanan, jihad dan ijtihad untuk menegakkan Islam.