Seramai 22 orang calon telah disenaraikan untuk kerusi ulama dan 10 yang terpilih ialah:
1. Prof Dr Najibah Mohd Zain
2. Ustaz Dr Roslan Mohamed
3. Prof Madya Dr Shamsiah Mohamad
4. Dr Zulfakar Ramlee
5. Dr Maszlee Malik
6. Dr Mohamad Akram Laldin
7. Dato’ Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan
8. Ustaz Dr Tajul Aris Ahmad Bustami
9. Ustazah Siti Zaharah Abd Hamid
10. Prof Madya Dr Aminuddin Ruskam
DPN telah menetapkan bahawa syarat untuk menduduki kerusi ulama dalam DPN ialah memiliki sekurang-kurangnya ijazah sarjana dalam bidang berkaitan pengajian Islam.
Sementara itu, untuk kerusi umum, satu kekosongan telah berlaku apabila seorang ahli DPN yang dipilih pada tahun 2010 telah menarik diri atas sebab-sebab peribadi. Oleh itu seorang ahli baru telah dipilih daripada empat calon yang disenaraikan. Ahli yang terpilih ialah Profesor Dr Omar Yaakob.
DPN kini mempunyai 111 kerusi iaitu 21 Wakil Umum, 10 Wakil Wanita, 10 Wakil Ulama, 60 Wakil Negeri dan 10 Wakil Lantikan DPN.