Barisan Terkini Pimpinan Ikram
BANDAR SERI PUTRA – Pertubuhan Ikram Malaysia telah mengadakan Perhimpunan Ahli Teras (PAT) 2012 yang merupakan satu perhimpunan tahunan khas untuk ahli teras Ikram bagi mendengar amanat tahunan Presiden selain platform bagi ahli teras bermuhasabah, berkongsi idea dan memperbaiki prestasi Ikram.
10 kerusi Ulama dalam DPN Ikram

BANDAR SERI PUTRA – Perhimpunan Ahli Teras Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) pada kali ini telah memilih 10 orang ahli baru Dewan Perwakilan Nasional (DPN) Ikram untuk kerusi ulama. Pemilihan untuk 10 kerusi ulama ini adalah ekoran daripada pindaan Perlembagaan Ikram yang diluluskan pada Disember 2011 yang memperuntukan tambahan 10 kerusi dalam DPN khusus untuk kalangan ulama Ikram.