Kempen Aqsa2Gaza3 di Kelantan

KOTA BHARU – Kerancakan kempen Aqsa2Gaza3 (A2G3) di Kelantan disemarakkan dengan kehadiran bekas Pengerusi Aqsa Syarif, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus pada 13-14 April yang lalu. Memulakan siri kunjungan kali ini, beliau telah diberi penghormatan memberi kuliah di Medan Ilmu, tempat Tok Guru Nik Aziz memberi kuliah mingguan di pusat bandar Kota Bharu.
Kelab berbasikal IKRAM Randonneurs dilancarkan

JOHOR BAHRU – Kelab berbasikal IKRAM Negeri Johor, IKRAM Randonneurs telah dilancarkan oleh Yang Dipertua IKRAM Negeri Johor, Prof Dr Arshad Ahmad di perkarangan Kompleks IKRAM Johor di Taman Universiti, Skudai dengan acara kayuhan sejauh 20 km oleh 130 orang pengayuh yang bertemakan “Ride for Ukhuwwah” pada Rabu 11 April 2012 yang lalu.