Catatan Pengalaman Misi ‘BoT to Gaza’ (B2G)

GAZA CITY – Tiga orang Ahli Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif (BoT) telah mengadakan lawatan ke Gaza dengan misi ‘BoT to Gaza’ (B2G) pada 23 Januari hingga 29 Januari 2012. Mereka adalah Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor (Pengerusi), Ir Dr Selamat Aliman (Bendahari) dan Ustaz Kamaruzzaman Abdul Rahim (Pegawai Perhubungan Aqsa Syarif). Rombongan ini turut diiringi seorang sukarelawan, Saudara Abdul Azim Ismail.