Acara gemilang Karnival 25 Tahun Al-Amin

KUALA LUMPUR – Satu acara gemilang sempena menyambut ulang tahun ke-25 Pusat Pendidikan Al-Amin (PPAA) telah diadakan pada 24 – 26 Disember 2011 yang lalu menggabungkan kesemua sekolah PPAA iaitu SMI Al-Amin Gombak (SMIAAG), SRI Al-Amin Gombak (SRIAAG), SRI Al-Amin Kuala Lumpur (SRIAAKL) dan SRI Al-Amin Wilayah Persekutuan (SRIAAWP) berkonsepkan kekeluargaan dan kemasyarakatan dengan sasaran utama adalah keluarga, pelajar Al-Amin dan juga umum.