Misi Kemanusiaan Aqsa2Gaza2: Kenangan manis di bumi barakah
Hari Pertama – Ahad 21 Ogos 2011
GAZA – Sungguh simbolik. Sebaik melepasi sempadan Rafah, azan Zuhur berkumandang menyambut anggota misi kemanusiaan Aqsa2Gaza2 sebagai tanda kejayaan memasuki wilayah Semenanjung Gaza. Suasana kelihatan aman dan tenang di luar, konvoi disambut dengan ceria.