Aqsa Syarif, IKRAM berkonvoi untuk Palestin
SHAH ALAM – Gema perjuangan Palestin terus berkumandang – kali ini di seluruh negeri Selangor bersempena Sambutan Bulan Memperingati Hari al-Quds Sedunia 2010 peringkat negeri dari 8 hingga 30 Ogos 2010.
Semalam terlaksanalah satu daripada tiga aktiviti utama sepanjang kempen tiga minggu tersebut iaitu ‘Konvoi’ yang menyaksikan para sukarelawan berkenderaan dari seluruh pelosok negeri untuk berkumpul di Stadium Melawati Shah Alam, seterusnya bergerak ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri) beberapa kilometer dari situ. Dua lagi aktiviti yang dirancangkan adalah ‘Gaza Walk’ dan ‘Battle of Gaza’, kedua-duanya pada Sabtu 28 Ogos minggu hadapan.
Perutusan Ramadhan Presiden IKRAM
بسم الله الرØمن الرØيم …… السلام عليكم ورØمة الله وبركاته.
Segala pujian bagi Allah s.w.t yang telah menyempurnakan agamaNya , melengkapkan nikmatNya dan merelai Islam sahaja sebagai ad-Din. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w , keluarga baginda dan para sahabat-sahabatnya, seluruh pengikut yang telah mengikuti baginda dengan sebaik-baiknya sehingga ke hari al-qiamah ………..Amin!
Semoga seluruh warga Pertubuhan IKRAM Malaysia, anggota keluarga mereka , seluruh umat Islam di Malaysia dan dunia sentiasa berada di dalam keadaan sejahtera, sentiasa mentaati Allah s.w.t , memajukan diri serta memperkembangkannya hari demi hari supaya menjadi lebih baik dengan perjalanan masa, mampu menambah bakti kepada agama yang kita imani dan Ummah yang kita sayangi
Portfolio Jawatankuasa Pusat IKRAM Dibentuk
Jawatankuasa Pusat IKRAM telah membentuk portfolio bagi menyusun gerak kerja IKRAM di peringkat pusat, negeri dan daerah. Sebanyak 16 portfolio telah dibentuk.
Jawatankuasa Pusat IKRAM yang terdiri daripada seramai 21 orang telah dipilih oleh Dewan Perwakilan Nasional.
Jawatankuasa Pusat IKRAM akan mengadakan retreat pada 7 dan 8 Ogos 2010 dan seterusnya akan melakukan lawatan kerja ke seluruh negara pada sepanjang bulan Ramadhan nanti.