200 pelajar bakal ke luar negara menyertai JOM

Program tiga hari dua malam yang telah dianjurkan oleh IKRAM United Kingdom dan Ireland ini bertujuan untuk mempersiap dan menyediakan para pelajar sebelum ke luar negara ini dari segi mental, rohani dan emosi di samping merapatkan lagi hubungan silaturahim antara pelajar-pelajar senior dan junior.

Tiga orang penceramah yang berkarisma tinggi yang terdiri daripada Prof Dr Zaini Uthman, Fellow di University of Oxford, Ustaz Zainal Abidin Abdul Rahim, graduan Yaman, dan Sdr Shahrul Aman Shaari, Pengerusi Jawatankuasa Pemuda IKRAM Selangor telah dijemput untuk memberi pengisian dalam slot-slot yang disediakan.

Ustaz Zainal Abidin menyampaikan fiqh luar negara sementara Shahrul Aman menyampaikan pengalaman belajar di luar negara dan bagaimana mendepani cabaran- cabaran yang bakal dihadapi di sana. Daripada reaksi para peserta, slot perkongsian pengalaman daripada Dr Zaini sebagai fellow di University of Oxford mendapat sambutan yang paling hangat.

Di samping slot-slot formal daripada para penceramah, JOM juga diselitkan dengan banyak aktiviti luar seperti jungle trekking, dan permainan-permainan untuk mengeratkan ukhwah antara peserta-peserta dan juga para fasilitator untuk mencapai objektif utama program ini.

Menurut maklum balas salah seorang peserta, program JOM telah berjaya mengubah persepsinya terhadap senioriti, menunjukkan program ini secara keseluruhannya telah berjaya mencapai objektif ianya diadakan.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia