2,500 ahli jayakan Perhimpunan Tahunan IKRAM 2014

Tetamu yang hadir dalam PTI 2014 ialah Dr Abdullah Sudin (Presiden HALUAN), Dr Ahmad Farouk Musa (Pengerusi IRF), Mr Stanley Yong Yew Wei (Setiausaha KLSCAH), YB Tian Chua (Naib Presiden PKR), YB Rafizi Ramli (Setiausaha Agung PKR), Ir Hj Zairul Shahfudin Zainal Abidin (Pengarah Negara IRM). Tetamu luar negara juga hadir iaitu Ustaz Musyafa Ahmad Rahim, Ketua Kaderisasi DPP Partai Keadilan Sejahtera (PKS) Indonesia.

MyIKRAM Bikers (MIB) bersama Presiden IKRAM dan nyanyian lagu rasmi IKRAM

Tetamu lain yang turut hadir ialah Santhira Morgan (Serious Comedy Studio), wakil-wakil NGO Wafideen, Angkatan Muda Keadilan (AMK) serta NGO -NGO ABIM Outreach, PERTIWI, LKPIM, WAMY, MUSLEH, Raudhatus Sakinah dan wakil SRI Al-Amin Bangi dan SRI Al-Islah.

Menariknya, ketibaan Presiden IKRAM, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad diiringi dengan konvoi bermotor oleh 13 orang ahli Kelab MyIKRAM Bikers (MIB). Majlis dimulakan dengan bacaan al-Quran diikuti dengan nyanyian lagu rasmi IKRAM dan ucapan Setiausaha Agung IKRAM, Hj Nahar Md Nor.

Ucapan Hj Nahar dan antara tetamu yang hadir

Usai ucapan Hj Nahar, acara utama diteruskan dengan Ucapan Dasar Presiden IKRAM dengan tajuk ‘Malaysia Menuju Negara Rahmah’. Ucapan dasar beliau sarat dengan pencerahan situasi semasa berkaitan hal ehwal antarabangsa dan tempatan serta bagaimana IKRAM merumuskan pendirian berkaitan situasi tersebut.

Beliau turut membentangkan gagasan Malaysia sebagai negara  rahmah bagi memastikan negara aman damai berlandaskan syariat, teratur urusan pentadbirannya di samping mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Ucapan Dasar Presiden dan pelancaran Modul Tarbiah IKRAM 2014

Selesai Ucapan Dasar, Dr Parid merasmikan empat pelancaran sekaligus iaitu Modul Tarbiah IKRAM 2014, pelancaran Ansar Iniative berupa sumbangan RM1 sehari untuk Hidayah Centre, pelancaran Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE) melalui simbolik pelepasan burung dan pelancaran TV.IKRAM melalui video gimik siaran berita dan penampilan khas Da’i Azam Al-Kankari.

Pelancaran Ansar Initiative, MyCARE dan TV.IKRAM

Setelah berehat sebentar, Wanita IKRAM mengisi slot pada tengahari dengan pengenalan Piagam Wanita Islam oleh Ketua Wanita, Datin Paduka Hajjah Che Asmah Ibrahim. Majlis turut dimeriahkan dengan pelancaran IKRAM Junior oleh Presiden dan persembahan oleh kumpulan teater An-Naml yang terdiri daripada ahli IKRAM Junior Wilayah Persekutuan dan IKRAM Junior Ampang Jaya.

Pelancaran IKRAM Junior dan persembahan kumpulan An-Naml

Pada sebelah petang, PTI 2014 diserikan slot Anak Muda di mana wakil-wakil IKRAM Siswa, Belia IKRAM dan IKRAM Australia berucap membahaskan Ucapan Dasar Presiden IKRAM. Senaman ‘Bingkai Kehidupan’ turut dipersembahkan menyerlahkan lagi kesegaran aktivisme anak muda.

Slot Anak Muda dan senaman ‘Bingkai Kehidupan’

Slot ‘Success Stories’ diteruskan dengan perkongsian kejayaan dan aktiviti IKRAM Negeri Sembilan, IKRAM Perak, IKRAM Sarawak dan IKRAM Pahang dan PTI 2014 tamat seusai slot Soaljawab bersama JKP IKRAM.

Slot Success Stories dan Soaljawab JKP

Semoga perhimpunan tahunan satu hari ini menjadi medan berukhuwah sesama ahli dan Ucapan Dasar Presiden dijadikan panduan untuk melonjakkan aktiviti dakwah dan tarbiah di negeri dan daerah dalam rangka menjadikan Malaysia menuju negara rahmah, insyaa-Allah.

 

Lagi gambar PTI 2014:

Ucapan Dasar Presiden IKRAM: http://on.fb.me/1wIwnUo

Empat Pelancaran: http://on.fb.me/102Xoph

Meraikan Tetamu: http://on.fb.me/1wNqjfa

Persembahan Nasyid: http://on.fb.me/1yJ9QX2

Bersama IKRAM Junior: http://on.fb.me/1FYifeg

Bersama Anak Muda: http://on.fb.me/1tle4m0

Success Stories & Soaljawab JKP: http://on.fb.me/1zhWPXy

Berita-berita PTI: http://pti.ikram.org.my/2014/

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia