186 Belia Sarawak Meriahkan Jelajah Belia Rukun Negara

KUCHING – Seramai 186 peserta telah menyertai program Jelajah Belia Rukun Negara anjuran Kementerian Perpaduan Negara yang berlangsung selama dua hari di sebuah hotel terkemuka, di sini bermula Sabtu.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, program tersebut merupakan siri pertama di Sarawak yang dirangka khas untuk meningkatkan literasi dan penghayatan pembudayaan Rukun Negara dalam kalangan belia.
Menurutnya, sebagai pemimpin masa hadapan, para belia perlu didedahkan kepada kaedah praktikal untuk mengintegrasikan cita-cita dan lima prinsip Rukun Negara dalam kehidupan seharian mereka.

“Kita hendak memastikan para belia di Sarawak dapat menjadi pemimpin yang akan menggantikan kami suatu hari nanti, di samping membuktikan bahawa anak-anak Sarawak adalah yang terbaik dari segi akademik, kemahiran serta akhlak secara holistik, termasuk fizikal, mental dan kerohanian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Penutupan Semarak Penghayatan Rukun Negara: Jelajah Belia Rukun Negara Zon Sarawak 2024, pada Ahad.

Tambah Dato Sri Fatimah, Sarawak adalah wilayah perintis yang mengaplikasikan Modul Penghayatan Rukun Negara yang diasaskan daripada tiga aspek utama iaitu berteraskan nilai, pendekatan sistemik dan berintegrasi serta impak kepada komuniti.

Modul ini, katanya, dibangunkan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) bersama Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dengan mengambil input dan pandangan daripada beberapa pakar perlembagaan dan Rukun Negara serta pelbagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Sehubungan itu, Dato Sri Fatimah mencadangkan agar JPNIN bekerjasama dengan Majlis Pembangunan Sosial (MPS) Sarawak di bawah kementeriannya untuk menganjurkan program seumpamanya melibatkan belia di setiap zon wilayah ini.

“Kita (MPS) ada program seperti Randau Solidariti yang mana kita menjelajah ke lokasi-lokasi yang ditetapkan. Jadi, JPNIN boleh ikut sama dalam mini program seperti itu memandangkan kumpulan fokus kita adalah belia.

“Selain itu, beberapa program lain seperti Program Menangani Isu Dadah dan Substance dalam kalangan pelajar termasuk Program Kesedaran Advokasi Pendidikan Seksual (KAPS) yang juga melibatkan pelajar-pelajar, ibu bapa serta komuniti.
“MPS boleh menjadi penganjur utama sekiranya JPNIN ada kesukaran dari segi belanjawan di beberapa kawasan,” ujar beliau.

Hadir sama di majlis penutupan itu ialah Pengarah JPNIN Sarawak Dirwana Azool, Ketua Kluster Perpaduan Nasional IKRAM merangkap Pengarah Projek Jelajah Belia Rukun Negara Dr. Sabariah Baharun, Pengarah Bahagian Kesepaduan Sosial dan Integrasi Nasional JPNIN Fairojibanu Zainal Abidin serta Setiausaha Eksekutif MPS Riziandy Nawawi.

Kredit berita: UKAS

#MalaysiaNegaraRahmah

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia