10 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Rohingya

photo 2015 05 17 11 14 33

2. Sejarah orang Rohingya bermula dari awal kurun ke 7 di Negeri Arakan yang menjadi penempatan bagi pedagang-pedangan Arab yang beragama Islam.

3. Orang Rohingya memiliki persamaan fizikal, bahasa dan budaya seperti orang Asia Selatan, terutamanya orang Benggali.  Malahan, sesetengah orang Rohingya yang menetap di Arakan adalah keturunan orang Arab, Parsi dan Pashtun yang berhijrah ke Arakan semasa era pemerintahan Empayar Mughal.

4. Amnesty International melaporkan etnik Rohingya terus menerus menderita akibat pencabulan hak kemanusiaan oleh junta tentera Myanmar sejak tahun 1978 dan akibatnya ramai yang telah melarikan diri ke negara jiran seperti Bangladesh.

5. Etnik Rohingya dinafikan kewarganegaraan tidak mendapat hak seperti rakyat Mynmar yang lain.  Juga tertakluk kepada pelbagai bentuk penindasan seperti dikenakan pelbagai bentuk cukai, tanah dirampas, rumah dirobohkan dan dihalau dari kampung halaman mereka.

6. Pada 1978, kira-kira 200, 000 etnik Rohingya telah melarikan diri ke Bangladesh ekoran Operasi Nagamin oleh tentera Mynmar secara besar-besaran.

7. Orang Rohingya dipaksa bekerja tanpa sebarang bayaran dan dipaksa untuk menjadi buruh untuk projek-projek pembinaan semasa pemerintahan tentera Myanmar.

8. Kepada Myanmar, Rohingya ialah pendatang dari Bangladesh, mereka bukan sebahagian daripada 137 minoriti di negara itu.

9. Orang Rohingya adalah bangsa tanpa Negara kerana Myanmar tidak mengiktiraf mereka sebagai salah satu dari 137 minoriti di negara tersebut dan Bangladesh juga enggan menerima mereka.

10. Apabila Bangladesh enggan menerima mereka, kebanyakan etnik Rohingya melihat peluang untuk mendapat pembelaan dan kehidupan lebih baik di Indonesia dan Malaysia.  Ini dapat dilihat dengan trend kebanjiran orang Rohingya yang hadir ke negara ini semenjak 1980-an.  Isu ini juga membuka peluang ‘perniagaan’ pemerdagangan manusia yang menjadi orang tengah dalam membawa masuk mereka ke negara-negara SEA.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia