Program kali ini mendapat kerjasama erat daripada Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM Shah Alam sebagai rakan penganjur utama.
Masjid Tuanku Mizan dan aktiviti berkumpulan
Selain daripada itu, antara rakan kerjasama program ini adalah Felcra Training & Consultancy, iMuslim Academy, Telaga Biru Sdn Bhd, Tabung Haji, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia (GEMA), Kementerian Pendidikan Malaysia (Bahagian Pendidikan Islam), RYD Training & Event Consultant, Raudhatus Sakinah Master Training & Consultancy (RSMTC) dan Bin Daud Sdn Bhd.
Antara kumpulan media yang bersama ialah Kumpulan Media Karangkraf, Majalah i dan Hamasah As-Syabab.
Mendengar perkongsian sambil beraktiviti
Selain menjauhi zina, himpunan ini bertujuan untuk menghubungkan silaturrahim antara alumni program Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ) di seluruh negara. Di samping menyediakan alternatif hiburan yang baik untuk para remaja dan belia menyambut sambutan tahun baru Hijrah, program ini juga bertujuan melahirkan generasi muda yang sihat dan cergas fizikal, intelek, emosi dan spiritual dengan pelbagai aktiviti yang menarik.
Ustaz Azlan Shah dan Aiman Azlan
Selepas pendaftaran, para peserta dibahagikan mengikut kumpulan bersama seorang fasilitator dengan beberapa aktiviti santai. Selesai solat sunat dhuha, peserta dihidangkan dengan solat pengisian pertama bertajuk ‘Heroku Muhammad SAW’ oleh Ustaz Azlan Shah Nabees Khan.
Slot pengisian kedua diteruskan selepas solat Zohor di mana blogger video, Aiman Azlan menyampaikan motivasi bertajuk ‘Wake Up Call! Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang’. Selepas solat Asar, peserta melalui aktiviti terapi jiwa dan minda.
Prof Madya Mohd Nor, Ally Iskandar dan UNIC
Sebelah malamnya, slot Bual Bicara Orang Muda dijadikan acara kemuncak himpunan ini, yang menampilkan Ally Iskandar, Prof Madya Ustaz Mohd Nor Mamat dan Ummi Roses. Bual bicara ini turut dimeriahkan dengan persembahan kumpulan nasyid UNIC.
Himpunan ini berakhir dengan ikrar oleh para peserta, fasilitator dan urusetia untuk mentaati perintah Allah dan Rasul, mengikuti panduan al-Quran dan as-Sunnah serta menjauhi zina dan segala dosa yang lain.
Semoga himpunan ini mampu melahirkan generasi remaja dan belia yang positif dan berakhlak mulia serta menjauhi zina dan elemen-elemen yang membawa kepadanya, insyaa-Allah.
Foto program: http://on.fb.me/1yXCtzP