Ziarah hospital erat mahabbah

Program Ngabas Mahabbah Hospital Bintulu 2016 anjuran i-Bantu IKRAM Bintulu telah berlangsung pada 27 Mac lalu yang disertai 32 orang sukarelawan termasuklah anggota Persatuan Ibu Tunggal Bintulu dan ahli kenamaan (gambar utama). 

Melalui ziarah ini, ia dapat mendekati dan memahami permasalahan masyarakat setempat di samping menerima maklum balas yang sangat menggalakkan baik daripada pihak hospital sendiri serta sukarelawan yang pertama kali bersama-sama menyertai program ini.

  

Ziarah di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani dan Hospital Pulau Pinang

Pada hari yang sama, Hidayah Centre Pulau Pinang (HCPP) juga tidak melepaskan peluang untuk mengadakan program Lawatan Hospital di Hospital Pulau Pinang di mana majoriti sukarelawan adalah yang baru pertama kali menyertai program ini. Hadiah permainan untuk kanak-kanak turut disumbangkan sukarelawan.

Pada 23 Mac 2016, program Ziarah Hospital Segamat turut diadakan anjuran IKRAM Segamat dengan kerjasama Hospital Segamat, Persatuan Juruteknik Komputer Sekolah-Sekolah Daerah Segamat dan Badan Dakwah dan Rohani Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kenangan.

  

Ziarah di Hospital Segamat

Bertemakan ‘Kasih Disemai Ukhuwwah Terjalin’, seramai 65 sukarelawan telah menggunakan peluang ini untuk memberi khidmat kepada hampir 200 pesakit dengan menyerahkan cenderahati, bertanya khabar, mendoakan kesejahteraan, memberikan kata-kata semangat dan memberikan sedikit garis panduan tentang tatacara solat semasa sakit.

Pada Sabtu, 19 Mac 2016 pula, Wanita IKRAM Sungai Petani telah mengadakan program ziarah ke Hospital Sultan Abdul Halim yang disertai kira-kira 12 sukarelawan. Ziarah ini diadakan secara bulanan oleh Wanita IKRAM Sungai Petani bagi mendekati masyarakat.

Foto:
Ngabas Mahabbah Hospital Bintulu: http://bit.ly/25IcIFA
Lawatan Hospital Pulau Pinang: https://goo.gl/l7YrjH
Ziarah Hospital Segamat: http://bit.ly/1RVBIlt
Ziarah Hospital Sungai Petani: http://bit.ly/1qrf63g

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia