Zaid Kamaruddin dilantik Pengerusi GBM baharu

Beliau menggantikan Tan Yew Sing daripada Merdeka University Berhad dan juga bekas Presiden Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) yang telah menerajui gabungan selama dua penggal dan telah dipilih semula sebagai Timbalan Pengerusi. 

Mesyuarat tersebut turut menerima pakai resolusi menyeru permulaan politik baru yang lebih matang di Malaysia di mana identiti etnik perlu dirai dan kepercayaan agama perlu dihormati dan tidak dieksploitasi untuk apa-apa kepentingan politik dan memecah belahkan negara.

Dalam ucapan perasmian, Tan Yew Sing menekankan bahawa negara sedang mengalami dua krisis iaitu kemerosotan integriti dan kredibiliti ahli politik serta peningkatan ketidakharmonian antara kaum dan penganut agama.

    

Ucapan Tan, AJK baru GBM dan wakil-wakil NGO yang hadir

Beliau turut mengulas skandal 1MDB yang memburukkan imej negara dan perancangan menjatuhkan PM melalui Deklarasi Rakyat yang dipandu oleh kepentingan politik untuk merebut kuasa tanpa agenda konkrit pembaharuan institusi.

Tan turut menggesa rakyat Malaysia untuk bekerja keras untuk menjalin kesepakatan untuk menangani isu-isu tersebut dan menggesa pertubuhan masyarakat madani dan komuniti perniagaan menyediakan kepimpinan bila mana ahli-ahli politik telah gagal.

Beliau memberi contoh dalam kalangan NGO dalam GBM di Negeri Sembilan dan Sungai Petani, Kedah di mana sekolah-sekolah Cina dan IKRAM saling melakukan ziarah, mengadakan dialog dan aktiviti kebudayaan bersama-sama bagi memupuk keharmonian dan perpaduan kaum.

Senarai lantikan Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) GBM yang baru adalah seperti berikut:

Pengerusi: Zaid Kamaruddin (Pertubuhan IKRAM Malaysia)
Timbalan Pengerusi: Tan Yew Sing (Merdeka University Berhad)
Setiausaha: Seah Hong Yee (ENGAGE)
Penolong Setiausaha: Stanley Yong Yew Wei (KLSCAH)
Bendahari: Raghavan Annamalai (Yayasan Tamil)

Ahli-ahli Exco:
1. Sevan Doraisamy (SUARAM)
2. Leong Yik Loong (Dewan Perhimpunan Cina Negeri Sembilan)
3. Wong Piang Yow (Tindak Malaysia)
4. Prematilaka KD Serisena (Majlis Perundingan Agama Buddha, Kritisian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST))
5. Christopher Chong Eu Choong (Aliran)
6. Yow Lee Fung (Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG)

Sumber: GBM

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia