XCELL 2.0 Bentuk Remaja Cemerlang Menuju SPM

XCELL 2.0 Bentuk Remaja Cemerlang Menuju SPM | IKRAM

SERDANG – Program Eksplorasi Remaja Cemerlang (XCELL 2.0) menampilkan pendekatan inovatif dalam membimbing remaja melalui pendedahan kepelbagaian kemahiran belajar serta laluan kerjaya yang sesuai mengikut aliran pendidikan masing-masing. 

XCELL 2.0 pada 20-22 Disember lalu bertujuan memperkasakan pelajar agar memiliki mindset cemerlang serta kemahiran yang dapat diaplikasikan dalam persediaan menghadapi SPM.

Bertempat di Kompleks Latihan MARDI, Serdang, program tiga hari dua malam ini diadakan khusus untuk calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai susulan daripada program PRODUCE.

Antara aktiviti utama XCELL 2.0 ialah:

  • Townhall – Memberikan pandangan pelbagai laluan kerjaya berdasarkan aliran pendidikan peserta.

  • Membina Mindset Pelajar Cemerlang – Slot penting yang menekankan kepentingan mindset positif dan membimbing peserta dari peringkat asas ke arah pencapaian cemerlang.

  • Kemahiran Menetapkan Matlamat Pelajar Cemerlang – Memberi panduan bagaimana menetapkan matlamat akademik secara berkesan dan konsisten.

  • Teknik Membaca yang Efektif – Membolehkan pelajar memahami dan menguasai bahan pembelajaran dengan lebih baik.

  • Teknik Hafal – Menggunakan pendekatan Visual, Auditory dan Kinesthetic (VAK) yang mesra otak untuk meningkatkan daya ingatan.

  • Teknik Membuat Nota – Membantu pelajar menyediakan nota yang tersusun dan mudah dirujuk.

  • Team Building – Memperkukuhkan kemahiran komunikasi melalui pemahaman empat gaya interaksi dan kerjasama dalam kumpulan.

Program ini telah berjaya menghimpunkan lebih 100 peserta dari seluruh negara. Kejayaan XCELL 2.0 tidak terlepas daripada usaha keras barisan kepimpinan IKRAMTeens Malaysia, Ahli Jawatankuasa Pelaksana serta Ketua-ketua IKRAMTeens Negeri yang memastikan penglibatan peserta secara menyeluruh.

“Harapan saya, semua peserta dapat pulang dengan perubahan diri yang positif, menetapkan matlamat yang jelas, dan mengaplikasikan kemahiran belajar yang diperoleh bersama rakan-rakan seperjuangan SPM,” ujar Pengarah Program dan Timbalan Ketua IKRAMTeens Malaysia, Muhammad Abdellah Mohd Sarif.

Dengan kejayaan XCELL 2.0, diharapkan para peserta pulang bukan sahaja dengan ilmu dan kemahiran baharu, tetapi juga motivasi untuk terus cemerlang dalam SPM serta mencapai potensi penuh mereka sebagai remaja yang berkualiti.

Lihat lagi foto: XCELL 2025

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia