SERI KEMBANGAN – Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) berusaha menyantuni rakyat Nepal yang memerlukan sejak beberapa tahun lalu terutamanya ketika bencana gempa bumi yang mengorbankan banyak nyawa.
“Kelengkapan musim sejuk ini diberikan kepada golongan yang tidak mampu membeli atau menyediakan pakaian tebal dan selimut bagi menghadapi musim sejuk yang melanda sejak November 2021,” ujar MyCARE.
Nepal adalah antara negara yang kurang mendapat perhatian media antarabangsa mengenai tahap kemiskinan dan keperluan mendesak.
“Antara golongan yang mendapat manfaat adalah fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal, OKU dan sebagainya.”
Dengan kerjasama NGO tempatan iaitu Health Services and Relief Association (HeSRA), MyCARE telah mengagihkan 50 set kelengkapan musim sejuk di setiap kawasan sasaran iaitu Saptari, Siraha, Sunsari, Morang, Rupendehi dan Banke.
“MyCARE mengucapkan jutaan terima Kasih kepada para penyumbang yang telah menghangatkan mereka.”
Kempen Winter Relief oleh MyCARE merupakan kempen bantuan musim sejuk untuk pelarian atau penduduk yang terkesan di negara-negara konflik atau bencana terutamanya di Palestin, Syria, Yaman, Afghanistan dan Nepal.
Bagi yang ingin menyalurkan sumbangan Winter Relief, sila layari https://mycare.qrd.by/winter atau melalui akaun bank Humanitarian Care Malaysia Berhad (CIMB 8602135592) dengan rujukan ‘winterrelief’.
Sila hantar bukti pembayaran jika melalui perbankan dalam talian (online banking) ke Whatsapp 016-636 6369 atau e-mel winterrelief@mycare.org.my.
Foto-foto lanjut agihan bantuan musim sejuk MyCARE di Nepal boleh dilihat di pautan https://bit.ly/wr-nepal22.