Women’s Boat to Gaza: Dr Fauziah dirai

Bakal berlepas ke Barcelona pada 11 September ini, turut hadir dalam majlis yang diadakan di Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri adalah Ketua Wanita IKRAM, Datin Paduka Hajah Che Asmah Ibrahim, Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE, En. Khalil Khamis dan Puan Norsham Abu Bakar serta kumpulan penulis. 

Misi WBG yang mengambil masa 18 hari ini akan bertolak dari Barcelona pada 14 September 2016 dan dijangka sampai di Palestin (Gaza) pada 1 Oktober 2016.

“Hidup atau mati dalam misi ini saya redha dan hanya berserah kepada kuasa Allah demi membawa harapan lebih dua juta rakyat Palestin yang memerlukan kebebasan,” kata beliau dalam temubual akhbar baru-baru ini.

Maklumat lanjut tentang hari pelepasan di Barcelona boleh dirujuk di https://wbg.freedomflotilla.org/news/barcelona-departure-womens-boat-to-gaza-flotilla

    

Suasana majlis dan sesi latihan

Sebagai persediaan, Dr Fauziah turut menjalani latihan dengan melayari lautan selama separuh hari dari Pelabuhan Klang merentasi Tanjung Harapan menuju ke tiga ‘marker’ yang ada bagi menguji ketahanan badan ketika berlayar, mengenali kapal dan fungsi-fungsinya dan isu keselamatan.

Dr. Fauziah adalah Penasihat Rose2Rose dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE yang akan bersama aktivis wanita lain dalam misi Women’s Boat to Gaza di mana beliau merupakan satu-satunya wakil dari Malaysia dan juga Asia Tenggara yang akan membawa nama negara hingga ke Palestin.

“Misi kemanusiaan ini melibatkan wanita sahaja untuk menunjukkan bahawa wujud satu kesatuan suara dalam menamatkan sekatan Gaza yang mengatasi perbezaan jantina, bangsa, agama dan sempadan geografi,” katanya dalam satu kenyataan media dalam web rasmi WBG.

Sama-sama kita doakan semoga pelayaran ini berjaya tiba di Gaza nanti, insya-Allah.

Foto majlis: http://bit.ly/2cCXHDf
Foto latihan: http://bit.ly/2bQ61OI

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia