#WeAreAllMary sokong perjuangan wanita al-Quds

Diadakan pada 30 Januari lalu, MWCQP ialah sebuah gerakan solidariti akar umbi yang berhasrat untuk membawa suara wanita Malaysia ke arah pembebasan Al-Quds dan Palestin.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE, Dr Fauziah Mohd Hasan merasmikan kempen global itu, yang dipelopori sebuah organisasi berpangkalan di Turki, The International Union of Al-Quds Cultural Education and Research (UKAED), yang menyaksikan penyertaan lebih 30 negara termasuk Brazil, Kanada, Pakistan, India, Sweden, United Kingdom, Switzerland, Lubnan dan Turki.

Turut hadir merasmikan kempen #WeAreAllMary adalah Duta Palestin ke Malaysia, TYT Walid Abu Ali.

“Malaysia sentiasa menjadi penyokong kuat, secara politik, kepada Palestin dan sentiasa menunjukkan solidariti mereka di peringkat tempatan, serantau dan antarabangsa, tiada sebarang keraguan mengenai perkara ini,” katanya.

Kempen #WeAreAllMarry menggariskan satu projek bagi menyediakan biasiswa pendidikan kepada sekurang-kurangnya lima rakyat Palestin dalam kalangan negara peserta.

Walid berkata, beliau bersyukur dengan usaha yang ditunjukkan oleh pelbagai pertubuhan bukan kerajaan Malaysia yang bekerja dengan penuh dedikasi untuk Palestin.

Berikutan ketegasan kerajaan Malaysia tidak membenarkan kemasukan atlet Israel ke negara ini untuk menyertai Kejohanan Renang Para Dunia 2019 pada Julai ini di Kuching, Sarawak, Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) membatalkan hak penganjuran Malaysia sebagai tuan rumah kejohanan tersebut.

Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pula berkata, Malaysia bertegas walaupun terlepas penganjuran sukan antarabangsa.

“Sekiranya menjadi tuan rumah acara sukan antarabangsa itu lebih penting daripada membela saudara-saudara Palestin kita yang dibunuh dan diseksa, maka kita telah kehilangan moral,” katanya dalam satu temu ramah.

Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad dalam satu kenyataan media berkata, IKRAM memberi sokongan penuh terhadap keputusan yang dibuat oleh kerajaan atas prinsip kemanusiaan dan belas kasihan kepada rakyat Palestin.

“Jika IPC dan negara-negara lain menolak diskriminasi dalam penyertaan sukan, penolakan yang sama mestilah ditunjukkan terhadap diskriminasi yang jelas dilakukan melalui tindakan zalim dan pelanggaran hak asasi kemanusiaan oleh beberapa pihak dan rejim di dunia hari ini,” tegasnya.

Lagi foto pelancaran: http://bit.ly/WeAreAllMary

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia