WBG tekad teruskan misi pecah kepungan Gaza

Membincangkan post-mortem misi WBG 2016 yang lalu, mesyuarat itu turut dihadiri Dr Fauziah Mohd Hasan beserta Hj Kamarul Zaman Shaharul Anwar, Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE. 

Usaha memecahkan kepungan Gaza melalui jalan laut ini dikoordinasikan di bawah Freedom Flotilla Coalition yang terdiri daripada organisasi dan aktivis kemanusiaan pelbagai negara.

Justeru, mereka yang hadir dan bersama dalam meyuarat perancangan WBG ini, menyatakan harapan yang tinggi agar kepungan ke atas Gaza akan tamat segera.

Ketua misi WBG 2016, Ann Wright, bekas diplomat AS berkata, selama mana Gaza tidak bebas, misi ini akan diteruskan.

Baginya, sangat penting untuk membincangkan apa yang berlaku di Gaza dan Palestin. Misinya adalah dengan memecahkan kepungan Gaza dan memberitahu penduduknya bahawa mereka tidak dilupakan.

Dalam pertemuan tersebut, mereka juga telah mengadakan sesi perkongsian tentang keadaan Gaza yang terpenjara sejak tahun 2007 bersama penduduk tempatan.

Dr Fauziah Mohd Hasan telah terpilih bersama 13 aktivis wanita dari lebih 10 negara yang menyertai misi Women’s Boat to Gaza (WBG) bertujuan membebaskan rakyat Palestin daripada cengkaman rejim Zionis.

Beliau adalah aktivis yang mewakili rantau Asia Tenggara dalam misi membawa mesej keamanan menggunakan kapal Zaytouna-Oliva pada 14 September 2016 lalu.

Namun, kapal dan kesemua aktivis misi tersebut ditahan tentera laut Zionis Israel setelah berada 35 batu menghampiri perairan Gaza, dan dipaksa menuju ke pelabuhan Ashdod serta dihantar pulang ke negara masing-masing.

Selain Malaysia, negara lain yang terpilih dalam misi anjuran Freedom Flotilla Coalition (FFC) itu ialah Sepanyol, Kanada, Turki, Amerika Syarikat, Sweden, Ireland, New Zealand serta Australia sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin.

Sumber: Rose2Rose

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia