Waspada Gejala Strok Haba: Ambil Langkah Pencegahan

Waspada Gejala Strok Haba: Ambil Langkah Pencegahan | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Fenomena cuaca ekstrem yang tidak menentu termasuk panas berpanjangan dengan suhu tinggi menyebabkan ramai yang mengalami kelesuan dan simptom strok haba terutamanya semasa musim perayaan dan cuti sekolah. 

Menurut Yang Dipertua Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health), Dr Mohd Afiq Mohd Nor, strok haba ialah penyakit haba di tahap paling serius yang mana suhu badan meningkat apabila ia tidak lagi berupaya untuk mengawal suhunya. 

“Berlakunya peningkatan suhu badan secara mendadak dan sistem mekanisme peluh telah gagal berperanan. Peluh tidak dapat dikeluarkan dan badan tidak dapat lagi menyejukkan dirinya sendiri,” ujar beliau.

Semasa bercakap dengan TV Al-Hijrah, beliau mengatakan, kebiasaannya badan akan menghantar beberapa peringkat isyarat sebelum terjadinya strok haba, iaitu kelesuan dan keletihan akibat haba akan dirasakan, membawa kepada berlakunya gejala kekejangan (cramping), pening, nadi lemah dan berpeluh secara berlebihan. 

Manakala kulit pula akan menjadi pucat, sejuk dan sesetengah orang akan mengalami rasa loya dan muntah.

“Apabila keadaan berterusan panas dan seorang individu tidak minum air serta tidak berlindung di tempat yang redup atau berangin secara berlanjutan, seseorang berpotensi untuk terkena strok haba,” jelas Dr Mohd Afiq yang juga Pakar Perubatan Kecemasan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Mengulas lanjut, beliau mengatakan bahawa pada waktu terkena strok haba, badan sudah sampai peringat terakhir yang teruk sehingga tidak sedarkan diri, nadi akan berdenyut laju dan kuat, kulit menjadi panas, kering serta peluh berhenti keluar. Ini menyebabkan suhu badan meningkat sehingga 40 darjah Celsius.

Beliau menambah, golongan berisiko mudah mengalami gejala strok haba ialah kanak-kanak dan warga tua dengan latar belakang penyakit tertentu. 

“Ini berkait rapat juga dengan kecerdasan badan seseorang. Sekiranya banyak melakukan aktiviti fizikal di luar, terdedah dengan sinaran matahari dalam tempoh yang lama atau berpakaian tebal, situasi ni menjadi faktor kepada peningkatan risiko mendapat strok haba.”

Jelasnya lagi, seseorang perlu cepat berlindung di tempat teduh dan minum air secukupnya apabila berlaku tanda-tanda dehidrasi. 

“Minum air kosong dengan kerap dan pastikan bekalan air sentiasa tesedia. Sekiranya berasa panas dan lesu, boleh mandi untuk sejukkan badan, “ kata beliau.

Strok haba merupakan keadaan yang serius dan boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan cepat dan betul. Oleh itu, hendaklah berwaspada pada musim panas ini dan ambil langkah pencegahan serta dapatkan rawatan sebelum nasi menjadi bubur. 

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia