Warga emas bukan alasan untuk disisihkan

Dapat dilihat amat kurangnya nilai kasih sayang yang terbentuk di minda dan hati anak-anak zaman sekarang ini. Amat menyedihkan bukan?

Ketahuilah bahawa penuaan penduduk merupakan fenomena sosial yang akan dihadapi oleh semua negara. Malaysia akan mencapai status ‘negara tua’ pada tahun 2030 apabila peratusan warga emas berusia 60 tahun dan ke atas mencecah 15 peratus.

Fenomena ini memberi kesan dalam aspek sosial, kesihatan dan ekonomi bagi sesebuah negara. Perancangan yang teliti perlu dibuat bagi menghadapi fenomena ini. Kemudahan, perhidmatan dan program berkaitan keperluan warga emas juga perlu dimantapkan dan diperluaskan.

Terkesan dengan kisah yang tular baru-baru ini, seorang ayah yang tua sedang sakit strok ditinggalkan di tepi jalan, juga kisah seorang ibu yang tua yang tidak dijaga oleh anak, malah mahu memasukkan ibunya itu ke pusat jagaan.

Terfikirkah di benak ketika itu, anak yang dilahirkan, dibesarkan, dijaga dengan baik malah diberi pendidikan kemudian bersikap lepas tangan apabila dewasa, langsung tidak mahu mengambil dan menjaga ibu tua yang diibaratkan sedang menanti kubur menjemputnya.

Alasan yang sering kita dengar atau lihat, anak menantu tidak mahu menjaga emak, tidak sebulu serta berlainan pendapat. Terfikirkah kita, bagaimana kita pada hari tua nanti? Adakah anak-anak kita mahu menjaga kita dengan baiknya?

Emak yang ditinggalkan seorang diri, tanpa boleh bergerak hanya mampu mengharap bantuan daripada jiran-jiran, nak makan pun perlu jiran yang hantar. Di mana anak ketika itu? Pelbagai alasan boleh diberi antaranya sibuk dan tiada masa serta banyak urusan kerja yang perlu disiapkan.

Begitu jauh nilai kasih sayang yang seharusnya dipamerkan dan ditonjolkan, nilai-nilai kemurnian tidak terwujud oleh segelintir anak yang tidak mengerti makna sebuah kasih sayang.

Kebiasaan yang terjadi apabila ayah dan ibu sudah tiada, barulah mulai sedar bahawa kasih sayang ibu itu penting dan amat bermakna, barulah terfikir perbuatan selama ini tidak hanya merugikan, malah memberikan kesan mendalam dalam sesebuah kehidupan.

Namun kebiasaannya kesedaran itu telah terlambat, pembentukan warga emas ini semakin meningkat dan seharusnya perlu diambil berat dan dipandang serius.

Rancaknya penubuhan insitusi-insitusi penjagaan warga emas bukanlah tiket mahupun tempat bagi anak-anak meletakkan ibu bapa di situ sewenang-wenangnya dan langsung tidak mengambil peduli kebajikan mereka.

Cubalah kita letakkan diri kita pula di sana. Ya, benar mereka ada yang menjaga, mengambil berat, menukar lampin, menjaga kebersihan dan sebagainya.

Tetapi di manakah kebajikan dan kasih sayang seorang anak? Bagaimana dengan sakit pening, kerinduan, kepayahan mereka sebagai ibu bapa menghadapi hari tua?

Tidak terfikirkah sesuatu? Di balik wajah-wajah usang dan sudah dimamah zaman, terpancar kerepot, kerut kulit-kulit tua itu mengharap sinar kasih sayang yang amat diperlukan daripada seorang anak.

Itu tidak lagi cerita ibu bapa yang ditinggalkan seorang diri di rumah dengan alasan mereka tidak mahu mengikut anak-anak ke bandar, lagi selesa berada di rumah.

Apabila situasi demikian yang berlaku, maka anak-anak mudah mengambil kesempatan meninggalkan ibu bapa terus di institusi penjagaan warga emas.

Ada beza antara kasih yang bersyarat dan kasih yang tidak berbelah bagi. Kasih yang bersyarat itu terjadi bila kita asyik meminta-minta. Kasih yang tidak berbelah bagi itu terjadi bila kita sentiasa memberi tanpa memikirkan balasan dan penghargaan, semata-mata mencari keredaan mereka.

Kasih ibu bapa, kasih yang tidak berbelah bahagi kepada anak. Kasih anak pula bagaimana? Berbaktilah ketika mereka masih ada, bahagiakanlah mereka hingga ke penghujung usia dan mohonlah ampunan ketika mereka telah tiada.

Noraini Jaffar

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia