Wardina, Dr Zaharah kongsi tip Muslimah ‘osem’

Program anjuran oleh Persatuan Islam Lepasan IPT Australasia (AUSIS) ini telah dihadiri oleh seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada para pelajar Malaysia di Melbourne di mana hampir separuh daripada peserta adalah pelajar-pelajar baru.

Program dua jam ini yang dipengerusikan oleh Nik Atikah Nik Mustaffa, banyak membantu mereka dan juga pelajar yang lain melihat Islam itu indah dan terbaik.

Antara isi perkongsian yang disampaikan oleh panelis untuk menjadi muslimah ‘osem’ ialah:


1. Muslimah yang ‘osem’ mesti berpegang kuat dengan (ajaran) al-Quran; bukan hanya di tangan, tapi teguh di dalam dada dan dilaksanakan dengan amal yang sebenar. Membaca al-Quran mesti ada rasa ‘best’ sebab nak tahu dan nak amalkan (isi al-Quran). Membaca al-Quran bukan satu rutin. Ia sesuatu yang mencerahkan.

“(Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.” (3:138)


2. Untuk  menjadi ‘osem’ dalam kehidupan, tidak cukup biasa-biasa ala kadar sahaja. Muslimah mesti lakukan bersungguh-sungguh sebab Allah suka mereka yang berusaha dengan cara yang terbaik dan ikhlas untuk mendapat keredhaan-Nya.


3. Muslimah yang ‘osem’ perlu melibatkan diri dan mencari teman dan kumpulan yang akan membantu mengingatkan diri kita sentiasa kepada siapa kita dan apa matlamat hidup kita yang sebenar. Mesti ada tanggungjawab yang lebih besar daripada hanya menonton filem, melayari internet.. (fikirkan)


4. Muslimah ‘osem’ mesti rasa izzah (mulia) dengan Islamnya, sujud rendah ke bumi hanya untuk merasakan kebesaran Allah merasa rendahnya diri sebagai hamba-Nya. Apa sahaja yang kita ada walau nampak hebat pada pandangan manusia, tapi semua itu dari-Nya jua, pinjaman semata-mata. Allah ghoyatuna (matlamat kami), dalam apa jua keadaan… Yakin hanya kepada Allah!

“Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri.” (3:160)


Kesimpulan penting yang ingin disampaikan ialah pembentukan individu Muslim yang ‘osem’ itu bermula dengan meneguhkan keimanan kepada Allah dan melaksanakan syariat atas dasar kefahaman dengan penuh kesungguhan.

Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar Malaysia di Melbourne untuk menjadi Muslimah yang ‘osem’, insya-Allah.

*Foto utama dari kanan: Dr Zaharah, Nik Atikah dan Wardina

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia