Wanita wajar diberi imbalan, pengiktirafan ekonomi

“Wanita ini juga wajar diberikan imbalan yang tertentu dan pengiktirafan ekonomi selaras dengan usaha dan sumbangan yang diberikan wanita kepada masyarakat dan negara dalam mendidik generasi masa depan,” jelasnya. 

Sejajar dengan tema sambutan hari wanita tahun ini katanya, Wanita IKRAM menyarankan agar dilaksanakan pembentukan dasar dan polisi yang melibatkan pembangunan dan pembelaan wanita dengan mengambil kira peranan, tanggungjawab dan hak wanita.

Dalam satu sidang media sempena Hari Wanita Antarabangsa 2016 yang diadakan di Kompleks IKRAM di sini semalam, beliau juga menggesa wanita supaya terus memperkasakan diri dengan ilmu untuk mengenal matlamat hidup, membina jati diri, melaksanakan tanggungjawab, menuntut hak dan membuat keputusan dalam hidup yang bertepatan dengan syariat Islam.

Tambahnya, ruang dan peluang perlu terus diberi kepada wanita untuk mencapai cita-cita dan potensi penuh mereka dengan mengadakan sistem sokongan yang bersesuaian mengikut keperluan kaum wanita.

Mengulas tema Hari Wanita 2016 iaitu “Bersama Menjamin Kesetaraan” katanya, ia bukan sahaja hanya dilihat dalam kerangka perjuangan hak asasi tetapi ia perlu kembali kepada prinsip asas yang mengaitkan antara peranan, tanggungjwab dan hak wanita dalam aspek pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

“Dalam memperjuangkan hak wanita, ianya tidak boleh diasingkan dari membicara juga peranan dan tanggungjawab yang perlu dimainkan agar pendirian yang terhasil bersifat pandangan pertengahan yang tidak terlalu konservatif dan pada masa yang sama tidak juga terlalu liberal,” ujar Che Asmah.

Beliau juga meminta masyarakat menghormati wanita, menghargai perbezaan gender dalam menentukan peranan dan tanggungjawab seterusnya menghentikan semua bentuk keganasan terhadap wanita agar usaha-usaha pembelaan kepada wanita dapat diuruskan dalam suasana harmoni.

Wanita IKRAM turut mengagihkan bunga ros dan brosur Wanita IKRAM di sekitar kompleks IKRAM bagi meraikan wanita sempena Hari Wanita.

Foto1: http://on.fb.me/1Ulb5s1 | Foto2: http://on.fb.me/24UTmMY

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia