Wanita IKRAM terima kunjungan hormat UN Women Afghanistan

Kunjungan delegasi ini bertujuan memantapkan perkongsian ilmu dan budaya serta mengeratkan lagi jalinan silaturrahim antara dua benua, sempena program UN Women’s Exposure Visit on Responsive Law Reform Process in the Context of Islam bersama Institut Kajian Tinggi Islam Antarabangsa (IAIS) Malaysia pada 9-15 Januari 2016. 

Delegasi yang terdiri daripada 11 orang peserta lelaki dan 11 orang peserta wanita dari Afghanistan ini turut diiringi lima orang wakil IAIS Malaysia yang diketuai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Prof Madya Dr Mohamed Azam Mohamed Adil.

Ketua Wanita IKRAM, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim bersama beberapa Ahli Jawatankuasa Pusat Wanita IKRAM lainnya telah meraikan tetamu yang hadir tersebut yang terdiri daripada penjawat awam, ahli parlimen, hakim dan peguam dan mereka diberi taklimat pengenalan mengenai IKRAM dan Wanita IKRAM serta gerak kerja dan aktiviti yang dijalankan.

Majlis yang berlangsung hampir dua jam telah mendapat partisipasi yang baik daripada delegasi dengan soalan-soalan yang dikemukakan berkenaan pendirian serta pengalaman Wanita IKRAM dalam memperjuangkan hak-hak wanita Islam di Malaysia berlandaskan syariah.

Sehubungan itu, Wanita IKRAM berharap agar keindahan syariah secara praktikal dapat disebar luaskan melalui perkongsian yang dibuat bagi menzahirkan keindahan Islam.

Lagi foto kunjungan: http://on.fb.me/1OOB2hg

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia