Wanita IKRAM: Takziah dan Doa untuk MH370

Hari ini masuk hari ke enam kita semua dirundung duka mengenang tragedi yang menimpa pesawat MH370 yang hilang dalam perjalanan menuju ke Beijing. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul; tentunya peristiwa ini memberi kesan duka dan pilu yang cukup mendalam kepada semua pihak yang terbabit.

Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia ingin merakamkan ucapan takziah dan simpati kami kepada semua keluarga kru dan penumpang MH370. Sementara pihak berkuasa terus meningkatkan usaha bagi mengesan pesawat malang itu.

Wanita IKRAM menyeru kepada:

1. Semua ahli keluarga krew dan penumpang untuk terus tabah dan meningkatkan kesabaran di atas musibah yang menimpa mereka. Bagi keluarga muslim, perbanyakkan solat hajat dan do’a kepada Allah dan yang belum Islam bertafakkurlah menurut ajaran kepercayaan masing-masing.

2. Semua ahli wanita IKRAM dan masyarakat amnya melakukan munajat dan solat hajat beramai-ramai memohon agar Allah yang Maha Berkuasa memberikan kita semua hidayah dan petunjuk serta memberi kita jalan keluar dari dugaan besar yang sedang kita hadapi ini. Sebaiknya kita mulakan dengan memperbanyakkan istighfar,  memohon ampun atas segala kesilapan dan keterlanjuran kita disusuli solat hajat, berdo’a dan berselawat untuk Nabi kita Muhammad SAW.

3. Semua pihak menghentikan penyebaran berita-berita palsu yang akan lagi mengusutkan keadaan dan menambah kegusaran terhadap keluarga mangsa.

4. Semua pihak menjadikan kejadian ini sebagai satu peringatan besar dan peluang untuk kita memuhasabah diri dan meningkatkan kecerdasan spiritual kita. Di sebalik kecanggihan dunia teknologi yang mengelilingi kita, manusia harus sedar akan keterbatasan ilmu dan kemampuan kita serta perlunya kita semua kembali mengakui kebesaran dan kehebatan kekuasaan Allah Ta’ala, Tuhan yang memiliki sekalian alam.

Doa selamat kami untuk kru dan penumpang pesawat MH370 serta ahli-ahli keluarga mereka.


Ustazah Maznah Daud

Ketua Wanita

Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia