Wacana yang akan berlangsung pada Sabtu, 18 Mac ini di Crystal Ballroom, Aras 5 , Mines 2 di sini bermula jam 8.30 pagi hingga 1.00 tengahari, bakal membahaskan tajuk tersebut dalam konteks kedudukan wanita Malaysia hari ini.
Antara penceramah yang dijemput dalam wacana ini ialah Dato’ Dr Siti Norlasiah Ismail, Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Ustaz Hj Burhanuddin Lukman, Naib Presiden IKRAM dan Datin Paduka Hjh Che Asmah Ibrahim, Ketua Wanita IKRAM.
Semenjak 1911, Hari Wanita Antarabangsa disambut setiap tahun pada 8 Mac sebagai hari untuk memberi sokongan dan mengiktiraf sumbangan serta peranan wanita dalam pembangunan masyarakat dunia.
Menurut Che Asmah dalam satu kenyataan media hari ini, tema sambutan Hari Wanita Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tahun ini ialah “Women in the Changing World of Work: Planet 50-50 by 2030 – Wanita dalam dunia pekerjaan yang berubah: Planet 50-50 pada tahun 2030”.
“Tema tahun ini dipilih selaras dengan komitmen masyarakat dunia di peringkat PBB terhadap “Sustainable Development Goals 2030” (Sasaran Pembangunan Mampan; SDG 2030) yang terdiri daripada 17 sasaran, di mana sasaran kelima adalah mengenai kesaksamaan gender, pemerkasaan wanita dan hak asasi wanita,” jelas beliau.
Terbuka kepada semua wanita dan lelaki, wakil pertubuhan dan individu yang berminat untuk mengikuti wacana ini bolehlah mendaftar di pautan http://bit.ly/hariwanita2017 atau menghubungi Cik Nik Khatijah di talian 013-784 0942.
“Semoga kita dapat bersama-sama membina dan membela wanita dalam usaha membangunkan Malaysia sebagai Negara Rahmah untuk semua. Selamat Hari Wanita Antarabangsa 2017,” ucap beliau mewakili Wanita IKRAM.