Walimah jama’i: Jimat belanja, pengantin ceria

Lebih menarik, salah seorang mempelai yang diraikan dalam majlis anjuran Jawatankuasa Pemantapan Kesejahteraan Ahli (JK PeKA) IKRAM Selangor pada kali ini adalah anak Presiden IKRAM, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad.

Secara tradisinya, majlis walimah jama’i IKRAM seumpama ini bertujuan untuk mempermudah urusan majlis perkahwinan dari segi kos perbelanjaan dan perjalanan program serta menjadi syiar baru kepada masyarakat bahawa urusan perkahwinan adalah mudah dan tidak perlu bermewah-mewah.

“Melalui persepakatan dan persetujuan antara ahli jawatankuasa dengan ahli keluarga, majlis ini telah menjimatkan perbelanjaan tanpa banyak membazir dan dapat meninggalkan adat-adat yang tidak menepati syariah,” jelas Pengarah Bersama WAJIKS 2017, Dr. Nor Zalmiah Jahidin.

Tambahnya, majlis ini juga berjaya meningkatkan ukhuwah dalam kalangan ahli IKRAM, sukarelawan dan keluarga pengantin di samping menjimatkan masa dan tenaga keluarga pengantin serta tetamu yang meraikan.

    

Pengantin mengaminkan doa, tausiah wakil keluarga pengantin oleh Dr Parid dan suasana majlis

Menurut Nor Zalmiah, majlis ini diharapkan menjadi perintis kepada Majlis Walimah Jama’i IKRAM negeri lain pada masa akan datang.

“Menjaga syariat  dan biah (suasana) Islami dalam apa jua program dan aturcara boleh dilaksanakan walaupun melibatkan pelbagai lapisan masyarakat.”

Tambahnya, sesuatu majlis perkahwinan tidak semestinya berbelanja besar, sebaliknya ia dapat dilangsungkan dalam kesederhanaan dan barakah namun tetap meriah.

Beliau yakin perbelanjaan mengendalikan majlis seperti WAJIKS ini boleh dikurangkan lagi melalui perancangan yang lebih baik dan tersusun.

Memandangkan program menyeluruh ini adalah alternatif terbaik dalam usaha membantu anak muda IKRAM, tambahnya lagi, ia sangat penting diwara-warakan melalui liputan media elektronik dan media bercetak.

“Langkah selanjutnya adalah untuk mengetengahkan pengurusan perkahwinan ini kepada masyarakat luar IKRAM supaya menjadi budaya masyarakat millenia,” ujarnya.

Tujuh pasangan pengantin yang diraikan dalam WAJIKS kali ini ialah:

  1. Johan Asyukri bin Hasnol Basri & Raihana binti Mohd Yassin
  2. Usaid bin Mohd Parid & Sakinah binti Adznan
  3. Waseem Alfida’ bin Amirul Faizi & Nadiatul Hani binti Mohd Faudzi
  4. Abdullah Mursyid bin Hasanuddin & Aqila Sarah binti Zulkifli
  5. Luqmanul Hakim bin A Ralim & Maiziyatul Shahirah binti Sulaiman
  6. ‘Aisyah bt Kamaruzaman & Mohamed Tharmizy bin Abdul Razak
  7. Abdul Rahman Escobilla & Noor Erma Azila binti Mohd Pauzi

Majlis bermula dengan ketibaan dan perarakan masuk pengantin ke dewan diikuti dengan bacaan doa selamat, ucapan YDP IKRAM Negeri Selangor, Hj. Norazmi Mat Noh, tausiah wakil keluarga pengantin serta jamuan makan dan santapan beradap.

Majlis walimah jama’i IKRAM ini telah diadakan buat kali kelima, bermula pada tahun 2013 hingga 2015 di peringkat kawasan Kajang dan dinaik taraf penganjurannya ke peringkat negeri Selangor pada tahun lalu.

Tahniah kepada semua pengantin dan ahli keluarga WAJIKS 2017. Semoga terus beristiqamah, bahagia dan sejahtera dalam melayari rumahtangga Muslim yang mithali, insya-Allah.

Lagi foto majlis: FB IKRAM Selangor

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia