Dalam program dua hari anjuran Pioneer Global Resources Training and Development (PGRD) di Pnhom Penh, mereka diwakili Nurul Husna As Saedah Bain, Pengerusi Jawatankuasa Khidmat Masyarakat IKRAM Siswa Nasional dan Najiha Dhania Idris, aktivis Belia Harmoni Gombak.
Menurut Nurul Husna, “Human Development Program” bertujuan untuk memberi gambaran yang jelas berkenaan perihal masyarakat di Kemboja.
“Ia sedikit sebanyak membantu pergerakan HARMONI Mission: Humanitarian Mission to Cambodia yang akan berlangsung di Kemboja pada Disember akan datang melibatkan 17 orang mahasiswa yang dianjurkan oleh Persatuan Belia Harmoni Malaysia (HARMONI).”
Mendapat kerjasama yang sangat baik diberikan oleh peserta program yang lain, mereka turut diberi slot perkongsian oleh pihak penganjur berkenaan IKRAM Siswa dan juga misi yang mereka ingin laksanakan di Kemboja nanti.
“Alhamdulillah, ada beberapa peserta yang mahu membantu menjayakan misi ini bersama pada masa akan datang.”