Wajah baru politik kolaborasi

Pada hemat penulis, belum pernah terjadi majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara pihak kerajaan dan pembangkang di negara ini sebagaimana yang berlaku pada Isnin lalu.

 

Titah Yang di-Pertuan Agong agar semua pihak perlu mengamalkan demokrasi bermusyawarah dalam mencari penyelesaian kepada apa jua permasalahan telah diterjemahkan melalui Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik.

 

MoU ini merangkumi aspek Pemerkasaan Pelan Covid-19, Transformasi Pentadbiran, Pembaharuan Parlimen, Kebebasan Institusi Kehakiman, Perjanjian Malaysia MA63 dan Pembentukan Jawatankuasa Pemandu.

 

Ini adalah salah satu bentuk kolaborasi politik yang pernah disarankan oleh lebih 70 badan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan masyarakat madani (CSO) pada November tahun lalu, termasuk saranan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) pada bulan lalu.

 

“Kolaborasi politik sebegini amat kritikal demi kepentingan rakyat dan negara. Melalui kolaborasi ini diharap kekuatan dan kepakaran kedua-dua belah pihak akan dapat dimanfaatkan untuk kebaikan rakyat dan negara,” kata Presiden IKRAM, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad dalam satu kenyataan media.

 

Bukan mudah untuk menjayakan persefahaman ini. Sama ada pihak kerajaan atau pembangkang, masing-masing ada kepentingan dan pandangannya yang  berbeza antara satu sama lain dalam mentadbir urus negara. 

 

Namun atas titah Agong, kepentingan negara dan jiwa besar kedua-dua belah pihak, persefahaman ini dapat dijayakan bermula dengan pertemuan antara Perdana menteri dan pihak pembangkang pada bulan lalu, kita dapat lihat hasilnya melalui tandatangan MoU yang bersejarah tersebut.

 

Secara zahirnya, MoU ini banyak memberikan manfaat dalam memulihkan keadaan negara yang sedang menghadapi cabaran getir pandemik Covid-19 terutamanya dalam sektor kesihatan, pendidikan dan ekonomi.

 

Persefahaman sebegini dilihat amat positif bagi memastikan negara berada di landasan yang tepat untuk dipulihkan tanpa diganggu-gugat dengan agenda politik tertentu yang rakus merebut kekuasaan.

 

Jika persefahaman ini tidak berlaku, boleh jadi negara bakal menyaksikan lagi pertukaran demi pertukaran kerajaan dan Perdana Menteri setiap tahun sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 yang menggambarkan ketidakstabilan situasi politik negara.

 

Melalui persefahaman ini, walaupun ahli-ahli parlimen pembangkang tidak berada dalam kerajaan, mereka masih boleh menyumbang dengan cara yang lain untuk membantu memulihkan negara, selain mengemukakan usul dan berbahas dalam persidangan Dewan Rakyat.

 

Justeru, kerjasama pihak kerajaan dan pembangkang melalui MoU ini dilihat mampu menstabilkan keadaan itu dan selari dengan titah Agong, “Sesungguhnya yang menang tidak menang semua, dan yang kalah tidak kalah semua.”

 

Namun begitu, rakyat masih menunggu hala tuju, kayu ukur dan keberkesanan MoU ini dalam lima aspek tersebut. Aspek-aspek ini wajar diperhalusi dan diperincikan langkahnya untuk tatapan umum agar rakyat dapat mengetahui kemajuan hasil MoU tersebut.

 

Adakah kes Covid-19 mampu ditangani? Ada berlaku transformasi dalam pentadbiran negara? Adakah wujud pembaharuan dalam parlimen? Adakah institusi kehakiman negara benar-benar bebas? Adakah Perjanjian Malaysia MA63 akan dikaji semula dan ditambah baik? Adakah Jawatankuasa Pemandu berfungsi dengan sebaik-baiknya?

 

Pada saat genting seperti pandemik Covid-19 ini, tidak dapat tidak pihak kerajaan dan pembangkang perlu serius dalam melaksanakan kandungan MoU yang telah dipersetujui demi memastikan negara dapat dipulihkan dengan segera dalam pelbagai sektor dengan jayanya.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia