Wacana IKRAM Muda Kupas Cabaran Pembentukan Negara Bangsa

pembentukan Negara Bangsa

BANDAR BARU BANGI – Program POV Siri ke-2 anjuran IKRAM Muda berjaya menghimpunkan seramai 43 orang peserta dalam satu sesi wacana berimpak tinggi yang berlangsung di Tumbuh Coffee, Setia Alam Sari di sini pada petang Ahad lalu.

Program itu membincangkan topik hangat bertajuk “Pergelutan Menjadi Malaysia: Memahami Mengapa Malaysia Belum Selesai Menjadi Negara Bangsa yang Diidamkan”, menampilkan jemputan khas, Dr. Abdul Muqit Muhammad, yang dikendalikan oleh Saudara Arif Suhaimi selaku moderator.

ergelutan Menjadi Malaysia: Memahami Mengapa Malaysia Belum Selesai Menjadi Negara Bangsa yang Diidamkan (1)

Wacana ini mengupas secara mendalam sejarah awal pembentukan serta dinamika pembinaan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa. Dr. Abdul Muqit turut menyerlahkan beberapa cabaran utama yang perlu diuruskan secara berkesan demi memperkemas identiti negara menerusi semangat “Nasionalisme Malaysia” antaranya:

i) Ketidakseimbangan Pandangan 

Menangani perbezaan persepsi dalam pembentukan negara bangsa, terutamanya kecenderungan kefahaman nasionalisme yang terlalu sempit berasaskan kaum atau agama tertentu.

ii) Kematangan Politisi

Meneliti serta menambah baik budaya politik tanah air agar lebih matang, konstruktif, dan berorientasikan penyelesaian.

iii) Peranan Aktif Rakyat

Memperkasa penglibatan masyarakat awam dalam merancakkan wacana berkaitan negara bangsa serta menggiatkan usaha nyata di peringkat akar umbi.

iv) Pengukuhan Sistem Pendidikan 

Memperkasakan sektor pendidikan secara strategik dan sistemik sebagai wadah utama membentuk warganegara yang menyatupadukan Malaysia seperti yang diidamkan.

Pergelutan Menjadi Malaysia: Memahami Mengapa Malaysia Belum Selesai Menjadi Negara Bangsa yang Diidamkan (2)

Penganjuran siri wacana ini membuktikan komitmen berterusan IKRAM Muda dalam menyediakan platform minda terbuka bagi generasi muda membincangkan hala tuju dan masa depan pembinaan negara bangsa Malaysia.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia