Visi, Misi Ibu Pejabat IKRAM dilancarkan

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Presiden IKRAM, Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad di hadapan seluruh kakitangan ibu pejabat dan institusi-institusi IKRAM.

Dalam majlis itu, Dr Parid secara simbolik menyerahkan poster Visi, Misi dan Nilai Bersama Ibu Pejabat IKRAM kepada Ketua Pegawai Operasinya, Hj. Nordin Shafie.

Turut menyaksikan pelancaran Setiausaha Agung IKRAM yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran, Hj Nahar Md Nor.

Sebelum itu, Bengkel Membina Visi, Misi dan Nilai Bersama Ibu Pejabat IKRAM telah diadakan dengan penyertaan seluruh kakitangan yang diadakan dalam dua siri.

Menurut Sektretariat Bengkel, Cik Izzan Nasuha Amran bengkel tersebut penting supaya setiap kakitangan dapat memahaminya dengan jelas, menerapkan dalam diri dan akhirnya menjalankan tugas dengan baik berdasarkan visi IKRAM, Malaysia Menjadi Negara Rahmah.

Selain daripada misi dan nilai bersama yang akan diterapkan, kakitangan bersama-sama menghasilkan visi “Ibu Pejabat Yang Rahmah, Mesra dan Profesional serta Menjadi Rujukan Organisasi Bukan Kerajaan”.

Bengkel siri pertama telah diadakan di Hotel Impian Morib pada 18 September 2017 dan siri kedua di Komples Ibu Pejabat IKRAM pada 3 Oktober 2017.

Kedua-dua siri tersebut telah dikendalikan sepenuhnya oleh pakar runding, Hj. Zaharuddin Othman yang juga Yang Dipertua Dewan Perwakilan Nasional (DPN) IKRAM.

Visi, Misi dan Nilai Bersama ini akan dipamerkan di beberapa lokasi di Ibu Pejabat IKRAM di samping Dewan Utama.

Selain itu, Kalendar 2018 Ibu pejabat IKRAM turut diedarkan dalam majlis itu, yang dilampirkan dengan info-info asas mengenai IKRAM dan ibu pejabatnya.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia