Vape alternatif perokok, bukan proses berhenti merokok

“Ini terjadi kerana ia dilakukan tanpa seliaan pengamal perubatan,” jelas beliau dalam pembentangan sebagai panel dalam ‘Bengkel Khas Bagi Membincangkan Isu Vape Di Negeri Selangor’ di Amverton Cove Golf & Resort Island, Pulau Carey di sini pada Selasa 12 Januari 2016. 

Bengkel khas pada 10-12 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Negeri Selangor, YB Dr Daroyah Alwi menjadi medan perbincangan isu kesihatan, isu hukum dan isu sosial masyarakat berkaitan dengan penggunaan vape oleh pelbagai pihak seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Jabatan Mufti Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan NGO-NGO.

“Antara fakta-fakta yang perlu diketahui mengenai vaping ialah kajian mengenai kemudaratan penggunaan vape kepada kesihatan dan sosial sebagaimana Fatwa (Majlis Fatwa Kebangsaan) telah memutuskan Vape adalah haram,” jelas beliau.

Tambah Che Asmah, vaping telah menjadi satu trend atau ‘lifestyle’ kepada generasi muda yang mana kajian menunjukan ia melahirkan kelompok baru yang asalnya tidak merokok terjebak dengan vaping.

“Penglibatan kaum wanita dalam vaping dewasa ini sangat merisaukan.”

Dalam pada itu, risiko vaping ganja serta dadah berbahaya adalah tinggi dan pemprosesan cecair vaping juga dibuat secara tidak terkawal hingga boleh disediakan di rumah dan dijual ditempat terbuka seperti di pasar-pasar malam.

“Vaping mengandungi nikotin yang terdapat dalam rokok dan menyebabkan ketagihan,” kata Che Asmah.

Peranti vape menurut beliau, berisiko berlaku letupan kerana tiada standard keselamatan dalam rekabentuk yang mengawalnya.

“Formaldehyde merupakan satu lagi bahan kimia karsinogen yang terhasil daripada proses vaping.”

Beliau turut berharap semoga Allah menyelamatkan generasi kini dan akan datang daripada musibah keruntuhan moral massa serta amalan-amalan yang tidak berfaedah ini.

Sementara itu, turut hadir dalam bengkel tersebut Setiausaha Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health), Dr Mohd Afiq Mohd Nor untuk menjadi panel pembentang.

“Telah terbukti ada kes ganja dijumpai digunakan sebagai bahan untuk vaping, dipercayai telah dibawa masuk secara seludup atau pasaran gelap,” kata beliau.

Menurutnya, wanita yang vaping bukan sahaja mengejutkan malah mengecewakan orang ramai.

“Wanita yang tidak pernah dikenali dengan kegiatan merokok kini terjebak dengan vaping. Wanita vaping kerana bagi mereka tanggapan negatif itu tidak seperti buruknya merokok, jadi mereka lebih berani untuk vaping,” jelas Dr Mohd Afiq.

Tambahnya, begitu juga kes kanak kanak vaping kerana bagi mereka, mereka tidak merokok dan tidak salah malah mudah tertarik kerana trendnya, bahan perisa vape disamping mudah didapati.

Beliau turut mengambil kesempatan untuk memperkenalkan Kempen Generasi Bebas Rokok & Vape yang dianjurkan oleh IKRAM Health di samping membuka ruang kepada IKRAM Health untuk melaksanakan program kesedaran bagi memahami bahaya vape di negeri Selangor kepada semua peringkat dan masyarakat.

Sumber:
1. FB Datin Paduka Che Asmah Ibrahim
2. FB IKRAM Health
3. FB Gen-BRV : Generasi Bebas Rokok & Vape

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia