Vaksinasi lengkap dewasa kini 87.6%

SERI KEMBANGAN – Jumlah populasi dewasa di Malaysia yang telah lengkap divaksinasi setakat 3 Oktober 2021 telah mencapai kadar 87.6 peratus melibatkan lebih 20.51 juta individu.

 

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV), sebanyak 94.3 peratus golongan dewasa atau lebih 22.08 juta individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

 

JKJAV turut mengumumkan bahawa semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) AstraZeneca di Lembah Klang ditutup mulai hari ini.

 

“Janji temu untuk individu yang terlepas dos kedua akan dijadualkan semula melalui MySejahtera,” jelas JKJAV.

 

Tempat-tempat tersebut ialah PPV World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam.

 

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau amat memahami keluh-kesah rakyat yang ingin pulang ke kampung menziarahi ibu bapa dan khabar gembira itu akan diumumkannya sebaik sahaja kadar vaksinasi mencapai 90 peratus.

 

“Saya percaya ramai yang hendak balik kampung. Sesetengah itu sudah setahun lebih tidak tengok ibu bapa mereka, sesetengah (ada yang) ibu bapa tidak sihat. Saya tahu, arwah mak saya dahulu kalau saya tidak balik setiap minggu atau dua minggu sekali, dia akan menangis apabila telefon saya.”

 

Menurutnya, aktiviti rentas negeri yang ditunggu-tunggu oleh rakyat kini sudah semakin hampir untuk dibenarkan susulan peningkatan kadar vaksinasi populasi dewasa di negara ini.

 

“Saya percaya ramai yang mempunyai situasi seperti yang saya pernah hadapi dahulu. Kita faham tetapi kerana masalah kesihatan, kita sekat pergerakan kita.”

 

“Tetapi saya sudah kata, kita tidak akan sekat pergerakan rakyat selama-lamanya,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama Perdana Menteri yang disiarkan di stesen televisyen tempatan.

 

Foto: KKM

[supsystic-social-sharing id='1']

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia