Vaksinasi: 7.39 juta dos telah diagihkan

SERI KEMBANGAN – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, sejumlah 168,956 dos diberikan di semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara.

 

Ini menjadikan jumlah keseluruhan vaksin yang sudah diagihkan meningkat kepada lebih 7.39 juta dos.

 

“Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kekal mencatat kemajuan memberangsangkan apabila lebih tujuh juta dos vaksin sudah diagihkan setakat Ahad,” jelasnya.

 

Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin memaklumkan bahawa dua pusat rawatan dan kuarantin COVID-19 berisiko rendah (PKRC) di Kelantan telah ditutup susulan penurunan kes harian di negeri itu.

 

Beliau juga turut meminta rakyat Kelantan agar kekal patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) semasa.

 

“Dua PKRC yang ditutup minggu lalu membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan Salor dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu,” kata Dr Zaini.

 

Setakat ini masih terdapat 11 PKRC yang beroperasi.

 

Status COVID-19 setakat 27 Jun 2021 ialah sebanyak 5,586 kes dan jumlah kes sembuh baharu pula ialah 4,777 kes.

 

Terdahulu, Data John Hopkins Coronavirus Resource Center menunjukkan terdapat 181,000,826 kes Covid-19 dan 3,921,800 kematian.

 

Manakala sebanyak 2,886,929,096 dos vaksin telah diberikan di seluruh dunia setakat ini.

 

Sebagaimana dilaporkan, Amerika Syarikat (AS), India dan Brazil kekal negara teratas dengan jumlah kes positif dan kematian tertinggi.

 

Bagaimanapun AS, United Kingdom (UK) serta beberapa negara lain melaporkan penurunan dalam kes dan kematian baharu seiring peningkatan jumlah vaksinasi.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia