Vaksin dan imunisasi: Usaha sebelum tawakal – IKRAM Health

Menegaskan bahawa perbuatan tawakal tanpa usaha adalah salah di sisi syariat Islam, beliau menyeru ibu bapa serta masyarakat untuk membuka mata menyedari kepentingan berusaha sebelum bertawakal melalui vaksin dan imunisasi ini. 

“Benar, kematian itu berlaku di tangan Allah. Tetapi sebagai seorang Muslim, kita harus berusaha sebelum menyerahkan segalanya kepada Allah,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau meluahkan simpati terhadap keluarga mangsa pesakit difteria di Melaka yang meninggal dunia pada 18 Jun lalu dan seorang mangsa yang disyaki menghidap sakit difteria yang meninggal dunia di Kedah semalam di mana kedua-duanya disahkan tidak menerima imunisasi yang lengkap dan meninggal akibat komplikasi jangkitan.

Beliau turut melahirkan kebimbangan kerana masih ada ibu bapa yang menolak kepentingan vaksin atas alasan yang tidak kukuh dan juga risiko penularan penyakit berleluasa sehingga memberi kesan kepada orang ramai.

“Perlu disedari, dengan memberikan vaksin kepada anak-anak kita itu bermakna kita sedang melindungi imuniti kesihatan seluruh rakyat Malaysia khususnya,” jelasnya lagi.

Tambah Dr. Oteh, Islam sendiri sangat memandang tinggi nyawa seorang individu Muslim sehingga nyawa seorang individu diibaratkan sebuah umat. Beliau memetik surah al-Maidah ayat 32 yang bermaksud:

“…barangsiapa yang membunuh seorang manusia, bukan kerana orang itu (membunuh) orang lain , atau bukan kerana membuat kerosakan di muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya, dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.”

Beliau juga bimbang bahawa sikap ‘arrogance’ dan ‘ignorance’ (keangkuhan dan kejahilan) oleh sesetengah masyarakat inilah yang mampu membunuh lebih ramai lagi nyawa yang tidak bersalah.

“Sikap kesombongan inilah yang perlu diubati terlebih dahulu,” ujar beliau.

Berkaitan vaksin dan imunisasi, IKRAM Health turut menyeru masyarakat untuk menjalankan tiga langkah berikut:

a) Membawa kanak-kanak yang belum diimunisasi untuk segera divaksinkan.

b) Segera ke klinik atau hospital berdekatan jika ada tanda dihinggapi kuman difteria (demam, sakit tekak, suara serak, bengkak kalenjar dan susah menelan).

c) Menasihati tetangga dan keluarga yang masih bersikap ‘arrogance’ dan ‘ignorance’ untuk mengimunisasi anak mereka.

Sumber: IKRAM Health

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia