Utamakan kestabilan negara, bukan perebutan kuasa

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) memohon agar semua rakyat Malaysia berdoa agar negara Malaysia akan terus aman dan dapat mengatasi kemelut politik yang berlaku. 

 

Semua pihak dalam kalangan ahli politik yang terlibat disarankan agar mengutamakan kepentingan negara dan rakyat serta menjaga keharmonian hidup sedia ada. 

 

Ketidakstabilan politik ini telah menyebabkan rakyat merasa kecewa, bimbang dan tidak selesa kerana terpaksa berdepan bukan sahaja dengan keadaan ekonomi yang semakin meruncing bahkan berdepan dengan jentera pentadbiran negara yang tidak menentu. 

 

Kemelut politik semasa juga telah menjejaskan kedudukan ekonomi serta kesejahteraan perniagaan dan rakyat, termasuklah kejatuhan teruk Bursa Malaysia. 

 

IKRAM menyeru agar semua pihak yang terlibat agar berfikiran rasional dan bertindak secara bijak dalam menangani isu ini terutama dalam kalangan ahli politik.

 

IKRAM juga berharap agar rakyat Malaysia sentiasa tenang dan bersabar serta mengelakkan daripada perbalahan disebabkan perbezaan pandangan dan ideologi politik. 

 

IKRAM yakin bahawa DYMM Yang di-Pertuan Agong akan bertindak dengan adil dan bijaksana menurut Perlembagaan bagi menangani situasi yang kritikal ini seterusnya mengembalikan kestabilan negara. 

 

Sehubungan itu, IKRAM menyarankan agar kabinet kerajaan yang bakal dibentuk nanti dilantik dalam kalangan pemimpin yang kompeten dan berintegriti yang mampu memacu negara ke arah kestabilan dan kemakmuran. 

 

IKRAM turut menyarankan agar semua rakyat Malaysia terus berdoa agar kemelut ini segera selesai dan menyeru kepada umat Islam untuk mengadakan solat hajat memohon keselamatan dan kesejahteraan untuk negara Malaysia tercinta. 

 

Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia