Ustaz Wan Subki dilantik sebagai Pengerusi M4E

Berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa Pepandu M4E yang dilantik:

Pengerusi: Ustaz Wan Subki Wan Salleh (IKRAM)

Timbalan Pengerusi: Dr Mohd Fauzi Zakaria (MAPIM)

Naib Pengerusi: Dr Roselainy Abdul Rahman (IMAANA) dan Rizqi Mukhriz (IRF)

Setiausaha: Noorsyazly Rameli (GEMA)

Bendahari: Nadhirah Mohd Khairudin (IKRAM Siswa)

Ahli Jawatankuasa:

1. Dato’ Hj Thasleem bin Ibrahim Al-Haj (Jihad untuk Keadilan/NIAT)

2. Maznah Ahmad (Wanita IKRAM)

3. Dr Abdul Halim Sibghatullah (IKRAM Health)

4. Dr Abdul Rashid Abdul Rahman (PPIM)

5. Ya Asrul Yaman (GEMA)

6. Ust Haris Bain (IKRAM)

7. Hisamuddin Aspar (IUSTEK)

Selepas pelantikan sebagai Pengerusi, Ustaz Wan Subki menyatakan dalam ucapannya, M4E akan menggunakan pelbagai cara termasuk mengadakan kerjasama antarabangsa bagi mendapatkan sokongan serta menggunakan media, khususnya media sosial bagi menyebarkan berita terkini dari Mesir ke seluruh dunia.

“Kita juga akan segera membuat kenyataan media bagi menegaskan tentang perjuangan M4E yang sentiasa membara dan tidak pernah padam serta melobi pihak kerajaan mahupun pembangkang bagi sama-sama turut serta dalam perjuangan bagi memastikan objektif M4E tercapai,” katanya lagi.


Mesyuarat yang dipengerusikan Hj Syed Ibrahim Syed Noh yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penaja M4E telah dihadiri lebih 20 orang yang mewakili 13 NGO. Kesemua NGO dalam M4E ini mempunyai objektif yang sama iaitu menyokong dan menuntut keadilan serta pembebasan untuk rakyat Mesir, seterusnya menolak rampasan kuasa yang dilakukan oleh pihak tentera terhadap Presiden Dr Muhammad Mursi.

Sementara itu, Setiausaha M4E, Noorsyazly Rameli menyatakan bahawa beliau melihat penyertaan pelbagai NGO dalam M4E ini pasti akan memberikan satu impak yang besar.

“NGO yang turut serta bergabung untuk M4E datang dari pelbagai latar belakang serta kepakaran yang berbeza, jadi dengan gabungan kesemua NGO ini kita boleh bersatu dengan menggunakan kepakaran masing-masing bagi menjayakan misi M4E ini,” ujarnya.

Sehingga 15 Januari 2014, terdapat 32 NGO yang tersenarai dalam Gabungan M4E. Penyertaan NGO seperti Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall, Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH), Persatuan Masyarakat Selangor (PERMAS), Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan DEMA juga membuktikan bahawa M4E bukan hanya tertumpu pada NGO Islam sahaja, sebaliknya NGO bukan Islam juga turut prihatin akan isu Mesir ini atas rasa dasar kemanusiaan yang tinggi.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia