USD3 bilion setahun untuk hancurkan Masjid al-Aqsa

“Berapa banyak dan apa rancangan dunia Islam untuk memelihara Masjid al-Aqsa?” soal beliau semasa perkongsian di Masjid Taman Sri Pulai Perdana di sini pada Sabtu lalu.

Sebanyak 15 program berjaya disusun penganjur bersama iaitu Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dan Al-Quds Foundation Malaysia (QFM) di sekitar Johor pada 21 hingga 27 Disember lalu.

Dr Muraweh juga merupakan antara pengasas Palestine Scholars Association in The Diaspora, pensyarah, pengkaji dan wartawan serta pengarang beberapa buah buku tentang Al-Aqsa dan Palestin.

Beliau menyatakan bahawa umat Islam mesti merasai kepentingan untuk menjaga al-Aqsa kerana ia adalah milik umat seluruhnya dan bukan hanya milik orang Palestin. Beliau juga menghargai sokongan kepada perjuangan Palestin dan mempertahankan al-Aqsa khususnya oleh rakyat Malaysia dan NGO seperti MyCARE.

“Kita akan sama-sama membebaskan al-Aqsa dan akan bersolat di al-Aqsa dalam masa terdekat,” katanya.

 

Jemaah masjid sedang mendengar ceramah Dr Muraweh dan sumbangan untuk al-Aqsa

Beliau mengajak rakyat Malaysia untuk terus membantu dan melipat gandakan usaha bagi menghulurkan sumbangan dan sama-sama memelihara al-Aqsa melalui pelbagai projek dan program memakmurkannya yang dilaksanakan melalui NGO-NGO Islam di Turki, Malaysia dan negara-negara lain.

MyCARE melalui dua agensinya, Aqsa Syarif dan Rose2Rose (R2R) telah menyalurkan dana bantuan untuk projek pemeliharaan dan pengimarahan Masjid al-Aqsa sepanjang tahun 2016 berjumlah RM1.4 juta di mana NGO Turki, Mirasimiz Dernegi dilantik sebagai pelaksana projek.

Projek-projek yang telah dan sedang dilaksanakan ialah penajaan perkhidmatan 10 orang guru di Masjid al-Aqsa, projek mikrokredit untuk wanita-wanita al-Aqsa, kelengkapan dan projek media al-Aqsa oleh 30 pelajar wanita, bantuan pek makanan bulanan untuk 50 keluarga dan bantuan untuk 50 keluarga miskin dalam kalangan guru-guru al-Aqsa.

Bagi mereka ingin menyumbang untuk Projek Pemeliharaan al-Aqsa, sila salurkan kepada Humanitarian Care Malaysia Berhad melalui beberapa akaun berikut:

i) Maybank Islamic Berhad 5515 7500 4299
ii) CIMB Islamic Bank Berhad 8602 135 592
iii) Bank Islam Malaysia Berhad 1209 2010 0349 04

Sila e-mel bukti bayaran kepada [email protected]. Untuk maklumat lanjut, hubungi pejabat MyCARE di talian 03-89412341.

Sumber: MyCARE Johor

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia