Urus Setia JPPIK Lawat Sekolah Sri Al-Amin Bangi

Urus Setia JPPIK Lawat Sekolah Sri Al-Amin Bangi | IKRAM

BANDAR BARU BANGI – Jawatankuasa Pendidikan IKRAM telah menerima lawatan mahabbah daripada Urus Setia Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan (JPPIK),  Bahagian Dasar Kemajuan Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Sekolah Sri Al-Amin Bangi pada Jumaat.

Lawatan tersebut diketuai Timbalan Pengarah Bahagian Dasar JAKIM, Encik Bukhari Md Akhir yang turut disertai enam orang pegawai Bahagian Dasar dan Pendidikan JAKIM.  

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan IKRAM, Profesor Dr Omar Yaakob telah menyampaikan taklimat perkembangan usaha-usaha Pendidikan IKRAM di seluruh negara, manakala Pengerusi Lembaga Sekolah Sri Al-Amin Bangi, Dr Jailani Salihon berkongsi sejarah dan maklumat semasa sekolah. 

Dalam pertemuan itu, JPPIK sangat berpuas hati dengan pencapaian Pendidikan IKRAM amnya dan Sekolah Sri Al-Amin Bangi khasnya, dan pihaknya bersedia menerima cadangan-cadangan bagi menambah baik sistem pendidikan Islam negara. 

Turut hadir semasa lawatan itu Timbalan Pengerusi Pendidikan IKRAM, Dr Kamaliah Noordin, Setiausaha Puan Rohida Jamaludin dan Ketua Sektor Latihan, Dr Azma Mahmud serta Pengurusan Kanan  Sekolah.

Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan (JPPIK) sebelum ini dikenali sebagai Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI).

Jawatankuasa ini diwujudkan bawah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) berdasarkan Peraturan-Peraturan MKI 2022, yang berperanan menyelaras pendidikan Islam di seluruh negara selain daripada skop Kementerian Pendidikan.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia