UPSR, PT3 Tidak Dikembalikan Dalam Masa Terdekat

UPSR, PT3 Tidak Dikembalikan Dalam Masa Terdekat | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Kementerian Pendidikan (KPM) pada Selasa mengulangi keputusan untuk tidak mengembalikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dalam masa terdekat.

“Keputusan itu adalah kerana KPM buat masa kini memberi fokus kepada pembangunan holistik murid melalui pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD),” kata Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying.

Beliau berkata, PBS dan PBD memberi ruang dan peluang untuk membangunkan potensi murid secara menyeluruh dan berterusan.

“Oleh itu, kita tidak akan mengembalikan UPSR dan PT3,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau menjawab soalan tambahan Cha Kee Chin (PH-Rasah) yang ingin tahu jika KPM bercadang untuk mengembalikan UPSR dan PT3.

“KPM juga telah mengemas kini Buku Panduan Pelaksanaan PBD edisi kedua 2019 dengan melampirkan senarai semak bagi pelaksanaan proses penjaminan kualiti iaitu pementoran, pemantauan, pengesanan dan penyelarasan,” ujar Hui Ying.

Sebelumnya, beliau menjawab soalan asal daripada Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) mengenai langkah untuk mengukuhkan pelaksanaan PBS dan PBD.

“Dapatan daripada libat urus berkenaan hala tuju PBS dan PBD akan dibincangkan dalam sebuah konvensyen yang diadakan hari ini hingga esok.”

Dalam pada itu, KPM juga menambah baik komponen pentaksiran psikometrik bertujuan mempersiapkan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai sebagai asas yang kukuh bagi mereka mengikuti pembelajaran pada peringkat seterusnya.

Terdahulu, UPSR dan PT3 dimansuhkan sepenuhnya mulai 2022 sebelum digantikan dengan PBS dan PBD secara menyeluruh.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia