UPKK 2023: Sekolah Musleh Terbaik di Kedah, Pahang

SERI KEMBANGAN – Dua sekolah rendah Islam di bawah rangkaian Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) telah muncul sebagai sekolah terbaik Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 bagi peringkat negeri Kedah dan Pahang.

Sekolah tersebut ialah Sekolah Rendah Al-Islah (SRAI) Kulim, Kedah dan Sekolah Rendah Islam Al-Amin Paya Besar (SRIAAPB), Kuantan, Pahang.

Sijil penghargaan dan pencapaian UPKK 2023 disampaikan kepada Guru Besar SRAI Kulim, Pn Welma La’anda dan Guru Besar SRIAAPB, Pn Hamnah Jusri.

SRIAAPB diumumkan sebagai antara 10 sekolah terbaik bagi keputusan peperiksaan UPKK 2023 peringkat Negeri Pahang.

SRAI Kulim pula diumumkan sebagai sekolah terbaik bagi keputusan peperiksaan UPKK 2023 peringkat Negeri Kedah. Daerah Kulim telah mendapat Daerah Terbaik UPKK Negeri Kedah bagi 9 tahun berturut-turut.

Bagi SRAI Kulim, ini merupakan tahun pertama sekolah tersebut mengambil bahagian dalam UPKK. Seramai 30 orang calon berjaya memperolehi keputusan Cemerlang (A) bagi semula lapan mata pelajaran peperiksaan itu.

Mata pelajaran tersebut ialah Bidang al-Quran, Ulum Syariah (Akidah dan Ibadah), Sirah, Adab, Jawi dan Khat, Lughatul Quran, Penghayatan Cara Hidup Islam serta Amali Solat.

Terlebih dahulu, SRAI Kulim telah mendapat tempat ketiga terbaik daripada 38 buah sekolah agama rakyat di negeri Kedah bagi Sijil Pendidikan Islam (SPI). Tahun 2023 juga merupakan tahun pertama SPI dilaksanakan di negeri Kedah untuk semua murid Tahun 6 Sekolah Agama Rakyat (SAR).

Tidak semua sekolah rangkaian Musleh terlibat dalam UPKK yang diselenggarakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Ini kerana MIEB mempunyai sistem pentaksirannya sendiri iaitu Syahadah Pentaksiran Pelajar Ikram Musleh (SPPIM).

SPPIM merupakan salah satu daripada kaedah pentaksiran berasaskan sekolah yang dijalankan ke atas murid-murid tahun akhir di sekolah rendah rangkaian Musleh termasuk rakan dan juga murid tingkatan 4 di sekolah menengah rangkaian untuk menilai kemenjadian murid secara holistik.

Walau bagaimanapun, MIEB tidak menghalang mana-mana sekolah rangkaiannya untuk mengambil UPKK.

Tahniah diucapkan kepada Sekolah Rendah Al-Islah Kulim dan Sekolah Rendah Islam Al-Amin Paya Besar atas pencapaian yang membanggakan ini.

Tahniah juga kepada kesemua 230,587 calon yang menduduki UPKK 2023. Semoga terus cemerlang melangkah maju ke hadapan sebagai insan yang berilmu dan berakhlak mulia.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia