Umat Islam Disaran Solat Hajat Untuk Rakyat Palestin

Umat Islam Disaran Solat Hajat Untuk Rakyat Palestin | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Mufti Pulau Pinang, Dato’ Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menyarankan umat Islam di seluruh negara mengadakan solat hajat untuk memohon bantuan Allah SWT dan mendoakan kemenangan bagi saudara-saudara Islam di bumi Palestin.

Katanya, umat Islam Palestin dalam perjuangan menentang kekejaman Israel dan berusaha untuk membebaskan negara mereka daripada cengkaman penjajah Zionis.

“Umat Islam di Malaysia mesti selalu diperingatkan bahawa isu Palestin adalah isu umat Islam seluruh dunia walaupun media Barat cuba memesongkan hakikat ini di mata umat Islam supaya menganggap ia adalah isu bangsa Arab semata-mata,” ujarnya.

Dalam pada itu, Jabatan Agama lslam Selangor (JAIS) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan serangan ke atas rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

“JAIS turut menyokong penuh apa juga tindakan rakyat Palestin dalam mempertahankan maruah dan tanah air Baitul Aqsa,” kata Pengarahnya, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad.

Berikutan itu, JAIS menyeru semua masjid dan surau di seluruh Selangor bersolidariti dengan melaksanakan solat hajat selepas solat maghrib atau isyak serta bacaan qunut nazilah selama tujuh hari berturut-turut.

“Ini bagi mengharapkan bantuan daripada Allah SWT agar rakyat Palestin diberikan kekuatan dan keyakinan untuk terus mempertahankan kedaulatan tanah suci Baitulmaqdis daripada cengkaman imperialisme,” katanya dalam satu kenyataan.

Semoga kemenangan dan keamanan buat rakyat Palestin akan tercapai dengan doa seluruh umat Islam lalu memperoleh bantuan daripada Allah SWT.

Sebelumnya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Setia Dr Mohd Na’im Mokhtar menyeru supaya seluruh umat Islam untuk menunaikan solat sunat hajat dan membaca doa qunut nazilah serta bermunajat untuk saudara-saudara Islam di bumi Gaza, Palestin.

Operasi Taufan al-Aqsa yang dilancarkan Briged Izzuddin al-Qassam, sayap tentera Hamas memasuki hari keempat hari ini dengan jumlah korban di pihak rejim Zionis dilaporkan melebihi 900, manakala serangan udara negara haram Israel terhadap Gaza telah membunuh lebih 700 orang penduduknya.

Rakyat Malaysia boleh mengikuti perkembangan Palestin melalui Telegram Channel ‘Terkini Palestin’ di pautan https://t.me/terkinipalestin dan memberikan sumbangan kepada rakyat Palestin melalui MyCARE di pautan http://mycare.qrd.by/palestin.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia