“Fokus utama akan diberikan kepada bantuan pek makanan (RM150/pek) dan pek kebersihan (RM30/pek),” ujar Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE, Hj Kamarul Zaman Shaharul Anwar dalam satu kenyataannya.
Sumbangan boleh dilakukan dengan dua cara iaitu melalui derma atas talian: www.billplz.com/selatsunda atau pemindahan bank ke akaun-akaun “HUMANITARIAN CARE MALAYSIA BERHAD” yang berikut:
Maybank Islamic: 5515-7500-4299
Cimb Islamic: 86-0213559-2
Bank Islam: 1209-20100-34904
Sila letak rujukan ‘selatsunda’ dan e-melkan ke account@mycare.org.my atau Whatsapp/Telegram slip sumbangan anda ke +6019-6551948 (En Aiman).
Sehubungan dengan itu, MyCARE merayu kepada seluruh rakyat Malaysia yang prihatin untuk menyalurkan sumbangan agar dapat membantu mereka yang terkesan dengan bencana ini.
“Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang dan ayuh sama-sama kita doakan kemudahan buat saudara serumpun kita di sana agar terus kuat dan bisa bangkit.”
Sehingga hari ini, sejumlah 430 orang terkorban dan 159 orang dilaporkan hilang. Lebih 900 buah rumah juga dilaporkan musnah dalam bencana ini.
“Kawasan paling terkesan adalah daerah Pandeglang kerana merupakan tempat pelancongan utama di Banten.”
Rakan kerjasama MyCARE di Indonesia, PKPU-Human Initiative (HI) telah berada di lokasi beberapa jam selepas kejadian tersebut dan memaklumkan bahawa pihak berkuasa Indonesia seperti BNPB mempunyai tenaga dan kepakaran yang mencukupi untuk menjalankan misi SAR (Search and Rescue).
Kredit foto: kompas.com