Tragedi KRI Nanggala 402: Malaysia ucap takziah

Turut menzahirkan rasa dukacita dan ucapan takziah itu adalah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

 

Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan harapan agar seluruh keluarga mereka sabar serta tabah menghadapi ujian dan dugaan yang besar pada bulan Ramadan ini.

 

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut merakamkan ucapan takziah kepada Jokowi dan mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kekuatan dan kesabaran kepada ahli keluarga 53 anak kapal KRI Nanggala 402 dalam menempuh dugaan ini.

 

“Malaysia sentiasa bersedia untuk terus menghulurkan bantuan wajar yang diperlukan kepada Republik Indonesia dalam menghadapi waktu genting ini,” kata beliau.

 

KRI Nanggala-402 dilaporkan hilang ketika menjalani misi latihan torpedo pada jam 4.25 pagi Rabu, 21 April lalu yang turut disertai 21 kapal TNI bersama lima pesawat tempur dan satu lagi kapal selam yang lain di perairan Bali.

 

Beberapa negara termasuk Malaysia, Australia, Singapura dan Amerika Syarikat turut menyalurkan bantuan dalam operasi mengesan kapal selam terbabit ekoran bekalan oksigen dijangka habis dalam tempoh tiga hari.

 

Semalam, Panglima Angkatan Tentera Nasional Indonesia (TNI), Hadi Tjahjanto mengesahkan bahawa kapal selam itu tenggelam dan kesemua 53 kru kapal selam Indonesia itu meninggal dunia.

 

“Seramai 53 personnel yang onboard KRI Nanggala-402 telah gugur, berdasarkan bukti-bukti autentik itu, dapat dinyatakan bahwa KRI Nanggala 402 telah tenggelam,” kata beliau.

 

Berdasarkan visual dari ‘Remotely Operated Underwater Vehicle’, kapal selam itu telah dirakam dalam keadaan terbelah menjadi tiga bahagian di kedalaman 838 meter di dasar laut di perairan Bali.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia