Tragedi Berdarah di Kem Jenin Tingkatkan Ketegangan

Tragedi Berdarah di Kem Jenin Tingkatkan Ketegangan | IKRAM

Polis Israel menahan 42 orang rakyat Palestin yang disyaki terlibat dalam insiden tembakan yang mensasarkan sebuah rumah ibadat Yahudi di Baitulmaqdis Timur pada Jumaat lalu.

Tembakan itu menyebabkan tujuh warga Israel terbunuh dan sekurang-kurangnya tiga lagi cedera dalam serangan seumpamanya sejak beberapa tahun.

Pada Sabtu, dua warga Israel turut cedera dalam serangan berasingan di kawasan kejiranan Silwan di luar Kota Lama.

“Lelaki bersenjata dalam serangan pada Sabtu adalah seorang warga Palestin berusia 13 tahun,” kata polis.

Tambahnya lagi, dua orang yang cedera adalah bapa dan anaknya yang dalam keadaan serius.

Lantaran itu, pihak berkuasa Israel mengerahkan pegawai daripada Unit Anti-Keganasan ke kawasan Baitulmaqdis, untuk bertindak balas segera kepada kedua-dua serangan itu.

Media tempatan melaporkan, lelaki yang menyerang rumah ibadat pada Jumaat adalah seorang warga Palestin berusia 21 tahun dari Baitulmaqdis Timur yang disifatkan polis sebagai ‘pengganas’.

Pesuruhjaya Polis Israel, Kobi Shabtai menyifatkan serangan itu sebagai salah satu serangan paling teruk yang dihadapi dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Sebelumnya, kaum Yahudi telah berkumpul untuk berdoa pada permulaan Shabbat Yahudi, di sebuah rumah ibadat di kawasan kejiranan Neve Ya’akov di bandar itu, dan seorang lelaki bersenjata itu melepaskan tembakan pada Jumaat malam waktu tempatan.

Kem Jenin Diserang

Kumpulan bersenjata Palestin memuji serangan itu, tetapi tiada seorang pun daripada mereka mengaku bertanggungjawab ke atasnya.

Ketegangan semakin memuncak sejak pembunuhan sembilan rakyat Palestin, orang awam dan lelaki bersenjata semasa operasi tentera Israel di kem Jenin di Tebing Barat pada Khamis.

Ini diikuti dengan roket yang ditembak ke arah Israel dari Gaza, dan Israel bertindak balas dengan serangan udara.

Tembakan di rumah ibadat itu berlaku pada Hari Peringatan Holocaust, yang memperingati enam juta orang Yahudi dan mangsa lain yang dibunuh oleh rejim Nazi di Jerman semasa Perang Dunia Kedua.

Rentetan itu, Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden menyifatkan keganasan baru-baru ini sebagai mengerikan, dan White House melaporkan Biden telah bercakap dengan Perdana Menteri, Israel Benjamin Netanyahu dan menawarkan cara sokongan yang sesuai.

“Serangan ke atas jemaah di rumah ibadat pada Hari Peringatan Holocaust dan Shabbat adalah mengerikan. Kami berdiri bersama rakan-rakan Israel kami,” kata Setiausaha Luar British, James Cleverly.

Tindak Balas Segera

Sejurus selepas insiden pada Jumaat, Netanyahu melawat tapak serangan, begitu juga menteri keselamatan negara berhaluan kanan, Itamar Ben Gvir.

Netanyahu berikrar bahawa kerajaannya akan mengambil langkah segera sebagai tindak balas terhadap serangan tersebut.

Netanyahu memberitahu, keputusan yang dirancang telah dibentangkan kepada kabinet pada Sabtu, seterusnya jurucakap tentera Israel menegaskan akan memperkuat pasukannya di Tebing Barat.

Ben Gvir telah berjanji untuk memulihkan keselamatan di jalan-jalan Israel, tetapi mengundang kemarahan yang semakin meningkat kerana ia masih belum berbuat demikian.

Serangan pada Jumaat itu disifatkan sebagai salah satu serangan paling dahsyat dalam beberapa tahun, dan ia berlaku di tengah-tengah ketegangan yang memuncak dengan rakyat Palestin.

Insiden tersebut muncul sebagai tindak balas kepada operasi ketenteraan Israel di Jenin, di Tebing Barat pada Khamis yang mengorbankan sembilan rakyat Palestin.

Serangan berdarah ini menimbulkan kebimbangan antarabangsa terhadap peningkatan keganasan antara Palestin dan Israel.

Dalam pada itu, jurucakap Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres berkata, beliau sangat bimbang tentang peningkatan keganasan antara Israel dan Palestin.

“Inilah saat menjalankan sekatan maksimum,” tambah Stephane Dujarric.

Israel telah menduduki bahagian timur Baitulmaqdis sejak perang 1967 dan menganggap seluruh bandar itu sebagai ibu kotanya, walaupun ini tidak diiktiraf oleh sebahagian besar masyarakat antarabangsa.

Sedangkan, rakyat Palestin melihat Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kota masa depan sebuah negara merdeka yang diharapkan.

Serangan Udara

Pesawat pejuang Israel telah melakukan serangan udara ke atas tapak tentera milik Briged al-Qassam di tengah Gaza, sebagai tindak balas kepada tembakan dua roket ke arah selatan Israel.

Berikutan itu, kerosakan teruk berlaku di tapak yang disasarkan dan rumah-rumah kejiranan dan al-Qassam melepaskan beberapa roket ke arah pihak Israel, namun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan di kedua-dua belah pihak.

Perkembangan ini berlaku selepas operasi ketenteraan Israel yang membunuh sembilan rakyat Palestin di kem Jenin, Tebing Barat yang merupakan serangan paling ganas yang dilancarkan oleh Israel ke atas kem itu sejak hampir dua dekad.

Susulan operasi di kem Jenin, pegawai Palestin berkata, dua daripada yang maut adalah orang awam termasuk seorang wanita berusia 61 tahun, manakala kumpulan bersenjata mendakwa tujuh yang lain adalah milik mereka.

Tentera Israel berkata bahawa tenteranya masuk untuk menangkap aktivis Jihad Islam yang merancang untuk melakukan serangan besar-besaran.

Keganasan ini mendorong Pihak Berkuasa Palestin untuk mengumumkan penyelarasan keselamatannya dengan Israel, satu langkah yang dikritik oleh Amerika Syarikat. 

Palestin Ada Hak

Dalam kenyataan tentera Israel, pihaknya bertegas mengatakan Hamas di Gaza bertanggungjawab atas segala yang berlaku dan berikrar bahawa pergerakan itu perlu ‘membayar harga untuk sebarang pelanggaran.’

Kebanyakan roket yang dilepaskan dari Gaza telah dipintas oleh sistem pertahanan udara Israel. Briged al-Qassam mengumumkan bahawa pejuangnya cuba menentang pesawat Israel dengan melepaskan tembakan ke arah mereka.

“Pengeboman di Gaza adalah lanjutan daripada jenayah penjajahan terhadap rakyat kita di Tebing Barat, Baitulmaqdis dan kawasan pedalaman yang diduduki.”

Pergerakan itu mengesahkan melalui jurucakapnya, Hazem Qassem bahawa rakyat Palestin mempunyai hak untuk berperang dengan segala cara sebagai tindak balas kepada pencerobohan dan penerusan jenayah Israel.

Atriza Umar
Pegawai Jabatan Komunikasi dan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia