Tokoh Siswa Kebangsaan 2016: Tahniah Farah Nabilah

Majlis Pemuda IKRAM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Farah Nabilah Abdul Rahman yang telah dinobatkan anugerah utama Tokoh Siswa Kebangsaan 2016 bagi kategori Anugerah Menteri Pendidikan Tinggi “Tokoh Siswa Kebangsaan” yang disampaikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato’ Seri Idris Jusoh.

Puan Farah Nabilah merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tahun 2016 dan merupakan Exco Majlis Perwakilan Pelajar UIAM.

Beliau juga terlibat aktif dalam IKRAM Siswa dan merupakan Setiausaha Sekretariat ASEAN Young Leaders Forum (AYLF) Malaysia.

Semoga dengan kemenangan anugerah ini dapat memberi nilai tambah yang baik dalam menggerakkan agenda perubahan dan transformasi negara.

Haji Shahrul Aman Mohd Saari
Naib Presiden IKRAM
Pengerusi Majlis Pemuda IKRAM

#PemudaIKRAM
#KenyataanMedia
#TokohSiswaKebangsaan2016

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia