Titipkan kehangatan buat mereka!

Dengan pakej RM150 seunit, MyCARE menyasarkan sumbangan bernilai RM2 juta untuk membantu kira-kira 15,000 orang warga dan pelarian Palestin, Syria, Yaman dan Iraq yang bakal melalui fasa-fasa lebih mencabar pada bulan-bulan mendatang.

Menurut Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor, Pengerusi MyCARE, setiap kali tiba musim sejuk, mereka yang berlindung di kem-kem pelarian terdedah kepada risiko kematian berikutan keadaan kehidupan mereka yang daif, serba kekurangan dan tidak mempunyai kelengkapan yang cukup untuk menghadapi musim sejuk.

Oleh itu, pakej sumbangan sebanyak RM150 seunit merangkumi bantuan makanan, pakaian, selimut, tilam atau alat pemanas dan bahan bakar mengikut keperluan negara-negara yang terlibat.

Mereka yang kehilangan tempat tinggal, kanak-kanak, wanita mengandung, para pesakit dan warga emas adalah golongan yang terkesan teruk setiap kali musim sejuk. Sedikit kehangatan boleh menyelamatkan nyawa mereka.

Pada 7 Januari 2015, Taufan Huda telah melanda dan mengakibatkan kemusnahan yang dahsyat di Palestin, Jordan, Lubnan, Syria dan Iraq. Di Gaza sahaja, ia telah menjejaskan kehidupan 110,000 penduduk dan lima kematian akibat kesejukan yang melampau.

Keadaan bertambah teruk dengan kesan pasca perang 51 hari yang telah memusnahkan 20,000 buah rumah manakala sebanyak 1,240 keluarga terpaksa keluar daripada rumah mereka kerana cuaca sejuk yang melampau.

Jumlah pelarian Syria kini mencecah 4.5 juta orang. Tahun 2014 mencatatkan 11 pelarian Syria telah terkorban akibat kesejukan, termasuk dua orang kanak-kanak kembar. Pada tahun ini, kira-kira sejuta kanak-kanak akan menghadapi suhu di bawah sifar tanpa kelengkapan yang cukup, dan hanya berlindung di dalam khemah-khemah sementara.

Sementara itu, di Kem Bekaa, Lubnan, tiga warga Syria terkorban atas sebab yang sama. Terkini, seramai 373,429 pelarian Syria menetap di Kem Bekaa, kem yang paling kurang fasiliti dan paling terdedah kepada kematian akibat suhu sejuk yang melampau.

Di Iraq, statistik terkini menunjukkan Pelarian Dalam Negara (PDN) Iraq telah meningkat kepada 3.2 juta orang. Mereka ini lari meninggalkan penempatan dengan sehelai sepinggang ke utara Iraq. Di sana, suhu musim sejuk di bawah takat beku sehingga -16 darjah selsius.

Keadaan ini pastinya memberi ancaman kesejukan terburuk kepada mereka. Menurut UN, pada tahun 2015, sebanyak 2.8 juta orang PDN Iraq hidup dalam kekurangan makanan manakala sekitar 800,000 orang terdedah kepada kematian sekiranya tiada bantuan daripada masyarakat dunia untuk bantuan musim sejuk bernilai USD66 juta.

Bagi menitipkan kehangatan untuk sebahagian daripada mereka, anda boleh menghulurkan sumbangan RM150 seunit atas nama Humanitarian Care Malaysia Berhad melalui salah satu akaun berikut:

  • Maybank Islamic: 551575-004299
  • Bank Islam: 1209-20100-34904
  • CIMB: 8602-135-592

Sila e-melkan slip atau bukti sumbangan ke [email protected] atau Whatsapp/Telegram ke 019-655 1948. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi MyCARE HQ di talian 03-8941 2341 (Hussaini Khairudin) atau e-mel [email protected]

“Sumbangan Anda, Kehangatan Mereka”

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia