Tip isteri bantu suami membeli barang

Ia ditambah lagi dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan kerajaan bagi memastikan rakyat berada di rumah masing-masing sejak 18 Mac lalu hingga 14 April 2020 dalam usaha membendung penularan wabak tersebut.

 

Untuk mendapatkan keperluan harian yang telah habis dalam simpanan, kerajaan telah menetapkan agar pembelian barangan perlu dilaksanakan oleh suami atau ketua keluarga.

 

Mungkin sebelum ini, suami hanya sekadar menemani, membayar dan mengangkat barangan yang dibeli. Tetapi dalam tempoh ini, hanya dibenarkan ketua keluarga sahaja yang melakukan tugasan tersebut untuk menghadkan pergerakan masyarakat di luar rumah.

 

Justeru, isteri bolehlah mengikuti tip yang berikut bagi memudahkan suami melaksanakan tugas yang jarang-jarang dilakukannya ini.

 

1. Letakkan setiap item barangan dengan nombor, bukan tanda sempang (-) atau tambah (+) atau seangkatan dengannya.

 

Suami akan mula set (tetapkan) dalam kepala “Okey, misi untuk mendapatkan 10 barang, bukan tujuh atau lapan”, dan sekurang-kurangnya suami boleh ingat item nombor lima tiada stok dan perlu dicari di kedai runcit lain.

 

2. Sediakan pensil atau pen untuk suami tanda barangan yang sudah dibeli dan jika tidak mahu terkurang atau terlebih beli.

 

3. Asingkan senarai barangan berdasarkan kategori. Lagi bagus, senaraikan barangan berdasarkan susunan di rak atau seksyen. Ini boleh mengelakkan suami mundar-mandir berulang kali mencari barangan yang dikehendaki.

 

4. Bagi beberapa opsyen untuk membeli barangan yang mempunyai kebarangkalian habis atau seringkali mengelirukan, sebagai contoh daun ketumbar dan parsli.

 

Suami yang prihatin sanggup meredah onak dan duri demi isteri dan anak, habis semua kedai dia akan masuk sekadar mencari si ketumbar tu nanti tak berasap dapur pula nanti.

 

5. Jika sesuatu barang atau bahan itu mempunyai banyak pilihan, lebih bagus sekiranya ia ditulis spesifik jenama sekiranya anda tidak mahu suami menghabiskan masa 15 minit terkial-kial memilih sesuatu barang yang banyak jenama.

 

6. Sediakan untuk suami beg mesra alam yang boleh memuatkan semua barang yang ingin dibeli dan elakkan penggunaan beg plastik yang boleh memudaratkan alam sekitar.

 

7. Ingatkan suami untuk mencuci tangan sebelum dan selepas membeli barang dan pulang ke rumah sama ada menggunakan hand sanitiser atau sabun.

 

Jika membeli-belah di pasar raya yang mempunyai sangat ramai pelanggan, amat digalakkan supaya si suami mandi dan pakaian suami direndam serta dibasuh apabila ia pulang nanti sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan risiko jangkitan wabak.

 

8. Akhir sekali, sentiasa panjangkan doa yang tidak putus-putus agar urusan suami anda dipermudahkan ketika di pasar raya nanti. Berikut adalah antara doa-doa yang dianjurkan bagi tujuan perlindungan dan kemudahan urusan kita:

 

بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

 

“Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat akan sesuatu yang di bumi dan yang di langit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

 

رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

 

Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. (Surah al-Kahf: 10)

 

اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً

 

“Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau jadikannya mudah. Dan Engkau menjadikan kesedihan (kesulitan), jika Engkau kehendaki pasti akan menjadi mudah.” (Hadis Riwayat Ibnu Hibban)

 

Moga tip-tip ini dapat membantu memudahkan kerja suami untuk mendapatkan barangan keperluan harian dan mengelakkan risiko jangkitan wabak COVID-19.

 

Amir Farid Sabuddin

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia